Friday, 19 June 2009

TOMOK Kamen Rider Malaysia?

Wah..Wah..

Selepas menang RM1M, Tomok atau nama jawanya sebenarnya Shah Indrawan terus bertukar jadi Superhero...

Sudahlah dah tak sengau... Tomok pun makin ensem dan stylo. Selepas ni bergaya dengan motor besar pula... Kya~ (Kenapa blog ni tiba2 ada gosip artis Malaysia ni? LOL)


Gambar kredit untuk Utusan Malaysia.

Apa-apa pun motor tu sangat hensem~ Untungnya Lisa Surihani dapat beraksi dengan motor besar di sebelahnya...huhuhu

Mantera temukan Tomok, Lisa

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my


TOMOK dan Lisa Surihani merupakan dua anak seni generasi baru yang digilap bakat mereka daripada dua medium yang berbeza iaitu nyanyian dan lakonan dalam persada seni tanah air.

Lisa merupakan antara pelakon pelapis yang kini menjadi perhatian dan buruan ramai penerbit serta pengarah filem, manakala Tomok pula sudah hampir lapan tahun bergelar penyanyi.

Sungguhpun berbeza medium, namun bidang lakonan dan nyanyian seakan-akan sukar dipisahkan apabila dua anak muda itu bakal dipertemukan menerusi filem berjudul Mantera.

Menariknya, filem arahan Mohd. Aliar Ally itu bukan sahaja lakonan pertama Tomok, tetapi ia juga adalah filem pertama Lisa yang boleh dikategorikan bertaraf antarabangsa.

Mantera yang diterbitkan oleh Flare Studio Sdn. Bhd., iaitu sebuah syarikat produksi tempatan akan menggabungkan teknologi yang dibawakan dari Rusia, sementara pembikinan filem itu pula akan diadakan di luar negara.

Sebagai pelakon utamanya, ternyata Tomok tidak mampu menyembunyikan rasa keterujaannya apabila diberi peluang berlakon dalam filem dengan kos produksi mencecah RM5.5 juta itu.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail berkata, biarpun sebelum ini dia lebih cenderung dalam bidang muzik tetapi tiada alasan buatnya untuk menolak tawaran ini, sekali gus mencuba bakat dalam bidang lakonan.

"Bagi Tomok, tawaran berlakon dalam filem ini merupakan peluang yang cukup besar. Tomok terima tawaran ini kerana tertarik dengan jalan cerita filem ini yang ke arah futuristik.

"Menerusi filem ini Tomok akan melakonkan watak superhero atau ikon baru yang sedang dicipta dalam dunia perfileman tanah air. Peranan dan tanggungjawab itu amat besar buat Tomok.

"Tomok rasa bertuah kerana dipilih melakonkan watak Mantera atau singkatan kepada manusia teknologi robot itu," katanya pada sidang media selepas pelancaran Mantera di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang....

7 comments:

  1. huk!

    aku nmpak gak artikel ni td kt paper

    tp aku bace tajuk je

    terus x berminat

    wakaka

    ReplyDelete
  2. lol...

    patut wat tajuk camni...

    huhuh

    ReplyDelete
  3. brape episod drama aksi ni?

    hanis takmo jadi fansub wat sub english?

    ekekekeke~ (tiru cara gelak dayah)

    ReplyDelete
  4. lol...

    ini movie laa...

    jgn tgk yg fancam tau~

    lol

    ReplyDelete
  5. xdpt aku byg tomok menyelamatkan dunia...

    ReplyDelete
  6. WOH! aku terlambat tahu ke berita neh?
    ape lagi TOMOK FC ..kita kne lakukan sesuatu!
    bagi semangat kat tomok!

    ReplyDelete
  7. macam mane rupa tomok dlm filem tu? tade spoiler ke?

    pakai topeng macam kamen rider?

    pakai tuxedo macam Mamoru Chiba dalam Sailormoon?..oppss

    (tak berhenti berimiginasi...)

    hahaha

    ReplyDelete