Friday, 21 August 2009

Let Me Touch Your Euphoria~

Aku seorang yang sadist. Seorang yang tak suka disakiti.

Setiap hari pasti ada saja benda yang membuatkan aku sesal, sedih, keciwa...

Bagaimana setiap hari aku menahan sakit sebab lutut cedera parah sebab terhantut kat bucu laci yang langsung tak ergonomik.

Bagaimana aku penat mencari kereta kakakku di seluruh parking KLCC dengan bawa luggage dan bag laptop, rupa-rupanya dia salah bagitau level parking...

Bagaimana aku bosan menunggu abang lab menghabiskan tenaga batin memotong pipe stainless steel 1/2" walhal ada banyak mesin2 memotong yang canggih dalam lab tu...

Bagaimana aku sentap dengan encik wireless bila dia gay sebab kena login setiap lima minit sekali...

Walaupun sekecil-kecil perkara pun boleh buatkan kecewa...

Biasanya untuk melupakan perasaan-perasaan sadistik itu, aku akan tidur...

Tapi, kadang-kadang perasaan tu sukar nak hilang walaupun dah bangun tidur..

Jadi dengan hasil research selama beberapa tahun (padahal google beberapa minit), Dr Nor Hanis mendapati sejenis hormon dalam badan manusia iaitu endorphins dapat merangsang perasaan gembira. Dan percaya atau tidak kita mampu mengawal sendiri hormon itu..

Berikut ialah hasil kajian Dr Nor Hanis:

  1. Makan Cili - akan merangsang endorphins untuk merembis dan mampu menghilangkan kesakitan.. No wonder, kalau orang melayu mesti nak kena ada sambal baru selera makan... Itu yang happy memanjang... Siapa termakan cili dia yang rasa pedanya.. ekekeke.. tapi awas jangan sampai terlebih pedas sampai menangis pula.. karang tak pasal2 Dr Nor Hanis pula kena saman. ^o^
  2. Berfikiran Positif - setiap kejadian pasti ada hikmahnya... arasso?
  3. 'Work-out' - buatlah apa-apa asalkan keluar peluh. Jogging ke, swimming ke.. Kalau malas nak keluar rumah pun boleh skipping. Atau fenomena baru kat rumah V5K-L3-4 ialah stepmania... ekekeke... boleh dengar lagu kegemaran, sambil karaoke, menari, nonton MV... All in 1
  4. 'Get moved'- bukan bermaksud kena berpindah ke tempat lain. Tapi bermaksud melakukan sesuatu.. Seperti menonton drama yang dilakonkan oleh ikemen, menonton music video yang dinyanyikan oleh ikemen, menonton variety show yang dihoskan oleh ikemen, membaca gossip berita yang melibatkan ikemen, menghadiri konsert yang dianjurkan oleh ikemen (kat PC je la) ... apa2 saja asalkan buat sesuatu.. Tak payah la meratapi lutut yang rabak tu... No turning back.
  5. Coklat - "ialah makanan yang paling hampir menyamai dengan dadah". Ada kajian saintifik tu...1 atau 2 bite dah cukup. Nanti terkena diabetes pulak kalau banyak2 sangat...
  6. Menonton cerita seram - tapi itu ialah genre cerita terakhir yang akan ditonton. Because I am a scaredy cat.
  7. UV - stand for Ultra Violet. Bukan Uni's Violence. Tapi awas, sekejap saja sebab UV boleh menyebabkan kanser kalau terdedah terlalu banyak.
  8. Ketawa - banyak methods yang boleh buatkan kita gelak... Seperti suruh kawan-kawan yang kelakar macam Nat ngan Saa buat gag. Dan lain-lain.
  9. Orgasm - amaran keras, hanya boleh dilakukan oleh orang yang sudah berkahwin, yang belum jangan pandai-pandai nak terai, nanti kena tinggal dengan balak mulalah meroyan.. (-_-)


Hakikatnya method yang paling berkesan ialah yang no 4... Sebab ikemen tak pernah mengecewakan...heheheh...

don't let emotions control us, let us control our own emotions

10 comments:

  1. huh..patutla aku emo manjang
    x mkn pedas..

    ReplyDelete
  2. Yela... ko kena berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan cili...

    kalau ko xleh makan lada itam, leh terai habanero...

    ekekeke...

    yelaa...blk ni ak belajar wat rendang ngan mak aku...

    kepedasan rendang kot yang sesuai ngan ko...

    nak rendang niku ke tori?

    ReplyDelete
  3. niku!niku!niku!
    niku!niku!niku!
    hey!!

    jolokia ar..pedas sket..kekeke..
    (ada hati..cili benggala pon mkn terkebil2)

    ReplyDelete
  4. okok..

    nanti kita berbuka rendang rice...

    guna jolokia...

    mane ntah nak cari...huhuh

    ReplyDelete
  5. Nasib baik aku makan banyak lada...
    Ha ha ha~
    Nak curry rice~~~~~!!
    ko kena belajar ok dan ajar kitorg masak pulak~

    ReplyDelete
  6. stuju dgn method ke-4 tu!ikemen!kakkoi!!~

    ReplyDelete
  7. laughed hard when I got to that ikemen part,lol
    you're good~~ehehe.goodluck w keeping up those in your life(^.<)v

    ReplyDelete
  8. Saa~
    patut la kite happy je klo makan sik mak kukus pak qudus. ingatkan dia letak kas2...rupenye chili je...huhuh

    tsurara&zaty~
    yappari, ikemen is ichiban ne~
    gambaruzo~

    ReplyDelete
  9. pasni aku kne cr lagi byk r gag~

    nk persembah kt ko..

    agar ko hepi memanjang jerk..

    haha(^_^)v

    ReplyDelete
  10. hahaha...

    suwit najibah...

    sbb tu aku sayang ko..heheh

    ReplyDelete