Sunday, 20 September 2009

Post Raya Mesti Nak Kena Ada~


Pagi-pagi lagi dah kena sepak terajang dek kakak sebab tak reti bangun pagi. Dah bangun pula tak reti-reti nak mandi, basuh muka dulu. Terus je pergi dapur potong bawang segala. Dahlah rumah yang baru siap ran0vate ni bilik aku memang nice ada extension terus ke dapur. Dah serupa bilik bibik haa.. Disebabkan tukang masak amatur ni bangun lambat, ayah sempat pergi tahlil kat 3 tempat lepas sembahyang raya barulah siap masak. Hahaha..

Dah tu makan pun tak reti-reti nak mandi dulu. Jiran pula pakat datang ser0mb0ngan serentak. Terpaksalah entertain jiran pakai baju tidur. Huhu.. Memang sangat macam bibik..

Dah siap mandi cepat-cepat pergi balik kampung t0ki. Eceh, macam jauh sangat. Padahal 15minit je naik kereta. Huhu.. Sepupu-sepupu yang baby-baby semua dah debab2 especially Huda (gambar). Padahal baru sebulan k0t tak jumpa.

Apa-apa pun raya tahun ni better dari tahun lepas. Tahun lepas, pagi-pagi lagi mak sentap sebab ayah siapkan sebelah je pemegang dekat tangga ke dapur. Terpaksalah ayah bertukang malam raya kedua tu nak siapkan juga tangga.. Huhu (-_-)"

Sekian diari 1 Syawal Hanis.. Ada orang lain kesah ke? Huhu





Kanan; Huda, Kiri; Hanis (abaikan selipar2 bersepah kat belakang... raya kot...huhuh)

9 comments:

  1. ada orang kesah...aku...dayah mgken kesah gak kot. encik yahya pun kesah gak ngan perihal anak kesayangan beliau ni. hoho

    ...

    mati2 aku igtkan tu gamba ko. rupanya gamba sepupu ko. ade iras2 ko tanpa spek la

    ReplyDelete
  2. itu aku lah faiz...

    yela aku makin tembam...

    sepupu aku yang baby tu...huhuh

    ReplyDelete
  3. dlm gmbar2 ini ko nmpak mude beberape tahun..

    stay dlm gmbar..

    ReplyDelete
  4. yang mana pais?
    hanis yg baby tu ker?
    x sangke mak hanis muke lebey kurg dgn anaknya sekarang...

    ReplyDelete
  5. aish.. konpius2...

    aku pulak jadi fening....huhuh

    ReplyDelete
  6. aku kesah kot...sebab selipar aku ada kat gambar tu...hehe

    ReplyDelete
  7. aih.. selipar pon jadi r... huhuh

    ReplyDelete