Sunday, 25 October 2009

Aku Tak Redha Digaramkan...

Quote Ustaz Radzi di kursus kahwin semalam;

"Istiqamahlah seperti ikan di lautan masin; Aku tidak redha digaramkan selagi tidak langkah mayatku dulu"


Pergh... Perumpamaan yang nak menggambarkan ibadah ini memang lagi hebat dari Karam Singh Walia sampai terbahak-bahak satu dewan kuliah tu dengar. Nasib baik makan durian kat rumah Huda petang semalam, kalau petang sebelumnya tu mesti orang sekeliling pon menjauhkan diri sambil pandang serong... Huhuh...

Okey, kursus kahwin. Sebelum menjawab soalan yang bermain di fikiran anda, aku dah pun menjawab persoalan Encik Yahya yang ternyata menerima kejutan besar semalam;

En Yahya : Kakteh pergi mana tak angkat telefon ayah?

Kakteh : Handphone habis bateri tadi, sorry2.. (akibat bergambar  yang tak terkawal)

En Yahya : Oh, buat apa tadi?

Kakteh : Ermm... Sebenarnya... Kakteh pergi kursus kahwin tadi...

En Yahya : Hah? Pergi mana? (mungkin buat-buat tak dengar sebab susah nak percaya)

Kakteh : Pergi kursus kahwin... :P

En Yahya : Kursus kawin bukan untuk pasangan yang nak kahwin je ke boleh pergi? Kena pergi dengan pasangankan?

Kakteh : Tak adalah ayah. Tak semestinya. Siapa-siapa pun boleh pergi. Kawan-kawan Kakteh pun pergi. Err.. Kawan-kawan perempuan. Lagipun kat UTP dapat student price. Sijil dia sah seumur hidup. Bla... Bla...

En Yahya : Tak apalah. Suka hati awaklah.


Akhirnya En. Yahya berpuas hati dengan penjelasan panjang lebarku. Semestinya beliau cuak sebab sudahlah tengah pening dengan persiapan majlis besar anak daranya yang sulung akan berlangsung bulan 12 ini. Tak akanlah anak dara seorang lagi ini nak tambahkan pening lagi. Huhuhu...

Walaupun sebenarnya tak ada pun student price. Baru google tadi semua tempat pun harga sama saja.. Lol... Semuanya gara-gara percayakan kura-kura yang mengatakan kursus kahwin nanti akan jadi lagi lama dan makin susah. Mungkin ada bermacam-macam ujian siap kena overnight pastu ada Qiamulail lagi. Lol... percaya sangat cakap kura-kura.. Betul ke tak? Hanya kura-kura dan keluarga mereka sahaja yang tahu...

Tak kisahlah yang pasti saya dah lulus dengan cemerlang 60/60... Yeay~ Markah lulus 20/60 saja. Tapi dah terdapat perfect pulak.ececece.... Mungkinkah Hanis ialah calon isteri solehah? Tak ada kaitan... zzzz Kalaulah ujian course engineering aku juga dapat perfect score macam ni... (-_-)"


Kantoi di situ main Rubiks demi nak segarkan mata... Huhuh

Bertindak jakun terhadap handphone mahal ala-ala Blueberry Blackberry kepunyaan Nade'

Bukan sengaja nak bergambar  tapi nak test kamera handphone mahal


Bakal Pengantin 1 Peserta 1 - Nadeya awek Anas

Bakal Pengantin 2 Peserta 2 - Ida awek Nor Hazreen

Sesi bergambar  hari ke-2




Perfect score. Main stepmania pun susah nak dapat perfect score...

Kini saya sedia dipinang~ ;P

22 comments:

  1. I'm first!
    (Ceh ceh macam tengah berebut dengan orang lain nak bagi komen first ha ha ha)

    Ha ha ha ha!! Kelakar lah Hanis!


    I say: Kenapa sebut juga pasal durian? Kata nak *tut* ha ha ha

    ReplyDelete
  2. lol...

    tak apalah...

    rahsiaku... rahsiamu...

    ReplyDelete
  3. tahniah cik hanis..

    coz berjaye mendapatkan jua sijil premium ini..

    hehe..

    nk tggu kad ko je nnt terbang ke aku..
    haha..;p

    ReplyDelete
  4. hahaha...

    nat, kena la ikut seniority...

    sijil premium kau lebih senior dari sijil aku...

    ekekeke

    ReplyDelete
  5. tira~

    arigatou~

    kamu bila lagi?

    hehehe...

    ReplyDelete
  6. tahniah cik hanis krane selesai sudah kursus kahwin

    tp ak da amek course ni awal2 lgi masa 2nd year.

    @gambar ko:
    bulatnye mata. da mcam barbie doll dah

    ReplyDelete
  7. faiz, so kita akan dapat kad ko dulu la kot...

    ;P

    hehehe

    ReplyDelete
  8. dpt kad ak dlu?

    xpat kot...

    sbb ak mseh lgi single. xde yg sudi kt ak

    mgkin kawin lmbt kot

    ReplyDelete
  9. alaa...

    nabi pun bercinta dengan aishah lepas kahwin...

    ;P

    ReplyDelete
  10. Hanis, Faiz buat ayat kesian la plak~

    sedih aku, nak mengalir air mata rase~

    xpe faiz..aku akan doakan semoga ko cepat dapat jodoh~

    amiin~

    ReplyDelete
  11. eh ko xde jodoh lagi ke?

    ok ok alang-alang aku doakan untuk semua orang~

    termasuk aku sekali ha ha ha

    ReplyDelete
  12. doakan test eis kita juga perfect score...

    huhuh

    ReplyDelete
  13. igt ak dlm doa ko saa. haha

    dayah x g ke course ni. dayah xmo kwin ke?

    ReplyDelete
  14. Oh lupe kite ade test esok~

    ok aku akan doakan jua

    ha ha faiz..susahnya nak ingat ko dalam doa aku..tapi aku akan cuba sekali-sekala..


    p.s: aku dah nang ko nyer post hanis.

    ReplyDelete
  15. karam singh walia?
    macam mana ade persamaan ni entry kita ni?

    aktiviti sampingan selain kursus penting demi mengelak kebosanan yg optimum
    ibarat menyelam minum air, lautan dalam jangan diduga (haa, karutkan?)

    ReplyDelete
  16. faiz, dayah ada je sekali pergi course nih..

    saa, i nanged u back n clicked ur ads..
    ececece...kecek omputih pulok...

    oyenk, uwaah~ adakah ini ialah minggu karam singh walia? lol

    ReplyDelete
  17. eh, bukan dayah da g ker dgn aku dulu?
    hohoho~

    ReplyDelete
  18. lol meen...

    ko pegi ngn dayah mane tu?

    yang no 1 ke?

    hahaha

    ReplyDelete