Tuesday, 8 December 2009

Hubungan Antara Dodol Pulut Hitam wtf & Corrosion Measurement Using Strain Gauge Method

Khamis, 3 Dis 2009

SMS dari N rakan seSV. "Hanis, dr M nak jumpe kol 11 esok"

Aku : wtfwtf aku dah kat Pahang.

Esok 10am call dr M.

Dr M : Haa... Meh2 datang.. Saya dah kat ofis. (obviously aku mmg call no ofis pon)

Aku : Dr, saya minta maaf banyak2. Kakak saya nikah rini. Saya dah kat pahang. Bla..bla... (Memberi macam2 alasan)

Dr M : Siapa yang kawen? Awak ke kakak awak? (aku memang dah agak dah dia akan cakap camtu) Tak contribute ape2 pun kalau pegikan? Sepatutnya bagitau saya dlu sbelom balik... Tak siap fyp ni tak boleh grad nih. Langsung tak boleh kawen. Bla.. bla... (alaa... kalo nenek kawen pon mesti nak kena pergi, kakak lagi la)

Aku : (terdiam seribu bahasa)

Dr M : Next week saya sibuk tau. 7hb sy cuti... 8hb ada blaa.. bla.. 9hb..10.. 11.. bla.. bla.. (Busy giler, kalah MB Kelantan)

Aku : (wat degil tak reti bahasa tanya lagi) o0o0o.. 7hb dr xde ye? 8hb? 9hb? 10hb? 11hb?

Dr M : 7hb saya cuti tapi boleh datang ofis jumpe awak. Pukul 10.

Aku : okok... pukul 10

Dr M : Dodol kat Temerloh tu sedap tu. Dodol pulut hitam...

Aku : o0o0o... okok saya bawa dodol pulut hitam sekali. Kakak saya kawen dengan orang kelantan. Datang la minggu depan kat kelantan pulak kenduri. (Nak kaitkan jugak dengan 1Kelantan, bajet dia boleh lembut hati la)

Dr M : Oh, minggu depan tak boleh la. Saya memang tak balik Kelantan

Aku : Okok, Dr Mokhtar. Isnin kol 10 yer. Dodol pulut hitam. Assalamualaikum..


Aku macam blur2... Dodol pulut hitam tu apa.. Aku tanya mak aku, makcik aku semua tak tahu. Matila masa salam2 dengan orang kat kenduri, bukan nak cakap "Terima Kasih sebab datang" tapi tanya "Tau tak dodol pulut hitam nak beli kat mana?"

Semua orang yang aku tanya cakap, dodol kukus tahu la. Ada dodol kukus yang buat dari pulut hitam. So aku beli je la dodol kukus. Aku dah suruh abang ipar aku yang orang Kelantan tu rasa. Dia cakap sedap. So aku assume, Dr M akan puas hati.

Isnin pagi tu, bagi la dia dodol kukus tu. Dia cepat2 simpan sebab takut aku ambil semula kalau dia komen teruk2 pasal report. (-_-)"

Khamis kena jumpe dia lagi tunjuk report yang dah repair tu. Bilanya nak grad? huhuh

Dodol kukus aka dodol pulut hitam
gambar kredit to hazimin.blogspot.com
VS

My laboratory setup for Final Year Project


Semoga aku boleh grad dengan jayanya.

p/s : aku tak rasuah ok, sebab dr M cakap dia nak bayar dodol pulut hitam tu. :P

8 comments:

  1. all the best in your final year project =)

    kenwooi.com

    ReplyDelete
  2. haha..
    dah rasuah, x nk ngaku ea?
    aigo0o..
    ble la ak nk abeh wat FYP nih..
    sakit otakkk...

    ReplyDelete
  3. yus, mane rasuahnya. 1st dia yang order. 2nd dia nak bayar. di mana unsur rasuah di situ?

    ReplyDelete
  4. wahahahahaha....dah dapat dodol pulut itam,konfem lulus lah nih.hehe...
    dia kater nak bayar,tapi nanti dia luper.then dia bayar dengan kasik lulus.hehe

    ReplyDelete
  5. Aidi-Safuan, mmg la.. tak smpai setengah jam dah lupa or buat-buat lupa. xsure.. hahaha~

    ReplyDelete
  6. tibe-tibe aku nak rasa dodol pulut hitam jugak
    slurpppp~

    ReplyDelete
  7. oyenk~ ape lagi.. meh r dtg umah... hehehe

    ReplyDelete