Sunday, 25 October 2009

Aku Tak Redha Digaramkan...

Quote Ustaz Radzi di kursus kahwin semalam;

"Istiqamahlah seperti ikan di lautan masin; Aku tidak redha digaramkan selagi tidak langkah mayatku dulu"


Pergh... Perumpamaan yang nak menggambarkan ibadah ini memang lagi hebat dari Karam Singh Walia sampai terbahak-bahak satu dewan kuliah tu dengar. Nasib baik makan durian kat rumah Huda petang semalam, kalau petang sebelumnya tu mesti orang sekeliling pon menjauhkan diri sambil pandang serong... Huhuh...

Okey, kursus kahwin. Sebelum menjawab soalan yang bermain di fikiran anda, aku dah pun menjawab persoalan Encik Yahya yang ternyata menerima kejutan besar semalam;

En Yahya : Kakteh pergi mana tak angkat telefon ayah?

Kakteh : Handphone habis bateri tadi, sorry2.. (akibat bergambar  yang tak terkawal)

En Yahya : Oh, buat apa tadi?

Kakteh : Ermm... Sebenarnya... Kakteh pergi kursus kahwin tadi...

En Yahya : Hah? Pergi mana? (mungkin buat-buat tak dengar sebab susah nak percaya)

Kakteh : Pergi kursus kahwin... :P

En Yahya : Kursus kawin bukan untuk pasangan yang nak kahwin je ke boleh pergi? Kena pergi dengan pasangankan?

Kakteh : Tak adalah ayah. Tak semestinya. Siapa-siapa pun boleh pergi. Kawan-kawan Kakteh pun pergi. Err.. Kawan-kawan perempuan. Lagipun kat UTP dapat student price. Sijil dia sah seumur hidup. Bla... Bla...

En Yahya : Tak apalah. Suka hati awaklah.


Akhirnya En. Yahya berpuas hati dengan penjelasan panjang lebarku. Semestinya beliau cuak sebab sudahlah tengah pening dengan persiapan majlis besar anak daranya yang sulung akan berlangsung bulan 12 ini. Tak akanlah anak dara seorang lagi ini nak tambahkan pening lagi. Huhuhu...

Walaupun sebenarnya tak ada pun student price. Baru google tadi semua tempat pun harga sama saja.. Lol... Semuanya gara-gara percayakan kura-kura yang mengatakan kursus kahwin nanti akan jadi lagi lama dan makin susah. Mungkin ada bermacam-macam ujian siap kena overnight pastu ada Qiamulail lagi. Lol... percaya sangat cakap kura-kura.. Betul ke tak? Hanya kura-kura dan keluarga mereka sahaja yang tahu...

Tak kisahlah yang pasti saya dah lulus dengan cemerlang 60/60... Yeay~ Markah lulus 20/60 saja. Tapi dah terdapat perfect pulak.ececece.... Mungkinkah Hanis ialah calon isteri solehah? Tak ada kaitan... zzzz Kalaulah ujian course engineering aku juga dapat perfect score macam ni... (-_-)"


Kantoi di situ main Rubiks demi nak segarkan mata... Huhuh

Bertindak jakun terhadap handphone mahal ala-ala Blueberry Blackberry kepunyaan Nade'

Bukan sengaja nak bergambar  tapi nak test kamera handphone mahal


Bakal Pengantin 1 Peserta 1 - Nadeya awek Anas

Bakal Pengantin 2 Peserta 2 - Ida awek Nor Hazreen

Sesi bergambar  hari ke-2




Perfect score. Main stepmania pun susah nak dapat perfect score...

Kini saya sedia dipinang~ ;P

Friday, 23 October 2009

Japanese Food - Thai Style~

Okay, this is not a Sushi post...

Penemuan yang tak sengaja berakhir dengan hasil dan rasa yang genius... Bak kata Saa, boleh buat FYP ni...

Memperkenalkan Onigiri berperisa tomyam dengan filling udang~ This is an original recipe... Tak boleh didapati di mana-mana restoran jepun atau restoran ala thai... lol


Boleh PM kalau nak resepi... Dibuka untuk tempahan Bento...


Daisuki dayo <3

Thursday, 22 October 2009

Siaran Tertunda Dinner Raya MechiChemiJan05 2009

Okay, Syawal dah 4 hari berlalu... Tapi demi tidak mengecewakan peminat-peminat kawan-kawan yang tak dapat hadir ke dinner tersebut, saya akan membuat liputan separa menyeluruh tentang malam tersebut... (Bajet macam Hanis Zalikha nak ada ramai peminat, padahal Hanis Yahya je...takda siapa minat.. ;P )

Just another photo collection... lol... Demi menunjukkan suasana Raya... Raya tak hingat temanya...
Sampai-sampai terus bergambar 

Tahu... Ramai terkilan tak pergi dinner sebab terlepas upacara bersalam-salaman.. Maklumlah bukan selalu... Mungkin sekali seumur hidup.. :P

Kenyang perut suka hati.. Peace~

Demi mewujudkan suasana malam raya 1 - Main bunga api...

Demi mewujudkan suasana malam raya 2 - Happy bila main bunga api jenis.... apa entah ni...

























Demi nak tunjuk seramai orang yang hadir

Bukan sengaja nak bergambar  kat toilet masjid, tapi singgah kejap sebab nak basuh tangan lepas main bunga api..

Okay, balik bilik buat FYP~
zzzz.....

Jumpa lagi di post raya tahun hadapan~

~Kredit untuk kamera mahal kaki2 photo~

Sunday, 18 October 2009

Lintas Langsung dari Dinner Raya MechiJan05 2009


Just another photo session :-P

Saturday, 17 October 2009

Sushi King Bonanza RM2 - report 2

Okay, I promise that this will be my last post about Sushi King Bonanza this year. ;P

We went to Sushi King Ipoh again last Thursday which was the last day of the Bonanza. The crowd was even more than last Tuesday. We wait about 15 minutes to be seated but we were already starving like hell. If we waited for 1 more minute, Saa would collapsed there. ;P We didn't know.. Heheheh...

Millions of sushi lovers queued

I love overlap salmon... Kyaa~

Unagi - eel - paling tak boleh blah...

Upacara mandikan Baby Optopus... come to Mama Saa

Yossha~ 1st bill

Peace~ 2nd bill

Saa yang dah kamceng dengan abang sushi tunjuk isyarat mata dan tangan saja minta Ebi Fry

Kan...

3rd bill - dah rase nak pecah perut... serius taknak pergi dah bonanza RM2 tahun nih... ekekeke

Bonanza RM2 results -

1. Saa - 13plates.. (juara bertahan)
2. Hanis & Dayah - 9 plates (Dayah ada improvement, dah boleh membesar macam aku...hehehe)

Okay, see you in Sushi King Bonanza RM2 - report 3.. not...

Thursday, 15 October 2009

Sushi King Bonanza RM2 - Report 1

Late updated because our college's internet connection is super sux.. huhuh..

Ok, we went to Sushi King, Ipoh Parade last Tuesday around 3pm.

Memang tak perlu beratur pun, tunggu waitress clearkan table saja..

Uwaah.. skodeng Smoke Salmon kesayangan~

Smoke Salmon sayang~

Saa, nak juga ambil Octopus Babes tapi tak sampai... Dekat tapi jauh~

Happy dapat Octopus Babes~

Okay, 1st half banyak nih kami makan.. (^_^)V


Second half, participants bertambah~ Konon nak meeting Engineers In Society project at Sushi King.. Memang tak dapat... Hahahaha

Saleh
Edi & Faiz
Happy Couple~

Not....

2nd Half banyak ini.. dah tentu Salleh, Edi ngn Faiz punya plates yang banyak di situ.. ;P
Jumlah semua.. 56 plates~
Tapi jumlah dalam bill RM150. Kakak cashier tu kira untuk 50 plates je... Esoknya baru perasan bila tengok semula gambar... huhuh.. Berganda pula untung.. Berbaloi-baloi... Ngeh3~ Semua orang pun happy~ Hari itu hari yang baik...

So, keputusan bagi pertandingan Bonanza RM2

1. Faiz & Saa - 12 plates
2. Hanis - 9 plates
3. Edi & Salleh - 8.5 plates
4. Dayah - 6 plates? (patutlah badan tak besar2.. ekekeke)

Sekian laporan saya.. Mungkin berjumpa di Sushi King Bonanza RM2 - Report 2~

Monday, 12 October 2009

Sepetang Di Kampung Bunian

Bila baca tajuk post ini, mungkin anda akan fikir "apalah pula Nor Hanis ni nak mengarut benda karut kali ni?" Aku bukanlah seorang yang psiko yang boleh masuk atau buat-buat boleh masuk ke alam ghaib. Tetapi nak aku tegaskan di sini semamangnya Kampung Bunian bukanlah tempat yang asing bagi aku dan keluargaku. Kalau pulang ke Kampung Sentosa ku (kampung halamanku memang nama Kampung Sentosa, Maran, Pahang), biasanya hujung minggulah sebab cuti, pasti ada dialog seperti berikut di rumah ;

Hanis : Mak, ayah pergi mana pagi-pagi dah keluar?
Mak : Pergi mana lagi, pergi Kampung Bunianlah.
Hanis : o0o0o..(sambil fikir, dah tahu nak masak apa tengah hari ni!)

Dan dah tentu persoalan-persoalan berikut bermain di fikiran anda :
  • Kejadah apa ayah Hanis pergi Kampung Bunian? pergi jumpa puteri bunian yang comel macam Nora Danish ke?
  • Kenapa mak Hanis macam biasa saja ayah dia pergi Kampung Bunian? mak dia psiko juga macam dia ke?
  • Apa kaitan dialog tersebut dengan makan tengah hari keluarga itu?

Biasanya ayah pergi tak lama. Sebelum tengah hari pasti dah sampai rumah (sebab mak memang telefon setiap sejam sekali, tak kiralah ayah pergi mana pun..huhuh) Okay, dekat Kampung Bunian ada line handphone.

Dan sejujurnya aku baru berkesempatan pergi melawat Kampung Bunian yang sering diperkatakan oleh keluarga dan saudara-maraku itu sekali masa cuti raya lepas. Perjalanan dari rumahku tak jauh, cuma dalam 20 minitlah(kalau tak takut kena Ops Sikap), kalau pandu kereta dengan berhemah, dalam 30 minit gitu. Sesampai di kampung bunian petang itu dengan cuaca redup, nyaman, sejuk, bukan kerana kami dah sampai di alam lain, tapi baru lepas hujan masa tu... Rumah-rumah di Kampung Bunian tak banyak beza dengan kampung-kampung yang lain.. Lebih kurang Kampung Sentosa juga..huhuh.. Tapi tak nampak penduduk Kampung Bunian ni. Bukan sebab mereka ghaib, tapi mungkin masa tu memang betul-betul baru lepas hujan, mestilah diorang duduk dalam rumah saja.

Okaylah, Kampung Bunian yang dimaksudkan ialah sebuah Perkampungan Baru Banjir - Kampung Bunian di Mukim Chenor, Daerah Maran, Pahang (memang nama kampung ni Bunian, tak caya tanya En Google). Apa yang ada di sana?

Tada~

Ya, ini adalah tapak pertanian sayur peria kepunyaan sepupu yang jadi kebanggaan Ayah Long sekeluarga~


Inilah yang ayah selalu bawa balik untuk masak makan tengah hari. Err.. biasa malam pun menu peria.. Petik sendiri je. Fresh lagi~

Okay, itu bukan puteri bunian. That's me. Motif pakai baju kurung pergi kebun peria? Sebab baru balik kenduri kahwin saudara... Blend kot dengan peria sebab hijau sangat.. huhuh

Masa raya tu, pemborong tu pun nak raya juga (1Malaysia kaedahnya, walaupun bangsa Cina, nak celebrate raya juga.. ) banyak peria yang dah terlebih masak dan jatuh sendiri. Kesian...

Nasib baik kakak dah sedekah je wedges mutiara dia ni. Kalau tak mesti dah kena carut sebab kotor pijak tanah becak dengan peria buruk.. huhuh

Merasalah belajar macam-macam hidangan peria. Ayah pun dah ade resepi jus peria sendiri. Boleh nak hidang waktu orang datang beraya kat rumah. Dah tentu tak laku nak hidang untuk budak-budak.. Huhuhuh...

Okay, di sini ada sedikit tips memasak atau makan sayur-sayuran dan buah-buahan tak kisahlah anda beli kat Giant ke, Tesco ke, Pasar Besar Selangor ke, Tunas Manja ke, atau kedai Yaakob depan rumah tu, pastikan rendam dulu dengan air garam sekurang-kurangnya 5 minit supaya boleh neutralkan chemical kat buah atau sayur tu.

Akhir kata, bak kata pepatah Hanis ~

"Kalau pergi ke Cameron Highlands, strawberry jangan dilupa,
kalau pergi ke Kampung Bunian, peria buah tangan istimewa~"

V(^_^)V