Monday, 18 January 2010

Lepak 4 Jam Di Pizza Hut dan Dapat Pizza Percuma

Ini bukan promosi percuma...

Tapi lebih kepada semalam ialah hari bertuah kerana dapat makan tengah hari dan makan malam percuma.

Bermula dengan makan di restoran Lanai Mutiara dekat dengan Nilai iaitu hampir dengan kolej tempat adik aku belajar, MIAT. Itu semua gara-gara terliur dengan iklan ayam penyet kat kain rentang depan kedai tu.

Masuk2 je pelayan restoran tu dengan pelat Melayu Indonesia pun pelawa kami, "Sila pak, ibu, layan diri. Ada jamuan hari ini."

Aku, "percuma ke?"

Pelayan, "ya mbak, percuma"

Aku pun apa lagi dengan tamaknye amik semua lauk pauk dia...huhuh...







Semua pon happy dapat makan free~



Tak sia-sia pergi melawat lil bro jauh di Nilai.. Hehehee~





Petang tu, aku meneruskan destinasi ke Bukit Jalil. Mak ayah dah berangkat pulang ke Kampung Sentosa, kampung halaman. Sepatutnya aku yang menumpang rumah makcik kat Savana , Bukit Jalil sementara training kat SIRIM ni. Dah nak dekat sampai kat Bukit Jalil, makcik kol kata dia ada kat Shah Alam dan Maghrib baru balik. Huhuh.. Masa tu baru pukul 2 lebey. Aku pun yang tak ada tempat berlindung dan mengadu ni terpaksa jalan2 sorang2 kat Giant Kinrara. 3,4 kali pusing dalam Giant tu, dah penat lepak kat Pizza Hut. Nasib baik bawa laptop. Boleh gak layan Facebook. Tapi apa kes dah duduk situ 3,4 jam. Dah la duduk dekat dengan kitchen. Macam2 ragam aku tengok. Paling cuak sekali bila ada kakak waitress tu tiba nangis. Punca tak tahu. Malas nak bz body. Ececece...
Bila da maghrib, aku pun agak2 nak blah tetiba ade adik waiter ni tegur aku kata ada orang nak minta no telpon aku. Aku malas nak layan. Tetiba budak tu cakap, " Ala bagi la kak, abang tu hensem."
Aku yang sensitif dengar perkataan hensem, terus wat muka tak malu tanya, "mana2?" :P Memang tak nampak r sbb bro tu dalam kitchen.
Pastu budak tu bagi pizza regular ni free. Aku grab je la. Tak tahulah itu pizza tersalah buat ke hape. Atau itu salah satu teknik diorang nak halau aku dari situ. Buat gangguan, aku tak layan. Wat degil je. Bagi pizza free baru nak blah. Huhuh...


Pizza tu memang bes~ Lagi bes bila dicicah dengan rendang ayam.. Hehehe~

Kepada abang pizza, terima kasih sebab bagi free pizza. Ada kerja part time kosong tak kat situ bang? Mungkin lepas ni aku lebih suka masakan Itali daripada Jepun, siapa tahu. Kepada orang-orang yang tak sudi temankan aku, juga terima kasih. Kalau korang temankan aku pasti aku tak dapat piza free. Begitu juga kepada makcik aku yang membiarkan aku membunuh masa di Pizza Hut.



Akhir kata terima kasih sekali lagi kepada makcik yang sudi menumpangkan dan memberikan aku internet percuma~
Terima kasih sebab membaca~

6 comments:

  1. ade gak org berkenan kt ko at 1st sight ek

    hahaha

    ReplyDelete
  2. Alaa... itula teknik mengusir secara halus. supaya customer tak terasa hati...hahaha~

    ReplyDelete
  3. walaooo~ lepas ni buleh wat eksperimen kat sushi king lak kak; kut2 dapat sushi free :P

    ReplyDelete
  4. bestnyer~!! kalau ade org nk halau sy secara halus camtu..sy xkisah!ahaha

    ReplyDelete
  5. Tira~ besh gak cadangan tu...

    klo sushi king lg senang. leh main2 mata ngn abg sushi. sbb dia wat sushi kt tgh2 tu. :P

    skali abg sushi emo cam kat jj ipoh. mmg xde harapan r...lol

    ReplyDelete
  6. Sarini, kalo nak lagi berkesan. Pergi lepak sorang2 tp duduk meja 6 org n order air je selama 4,5 jam...

    ngahahaha~

    ReplyDelete