Wednesday, 10 February 2010

Hei, Kau Yang Perasan Kurus!

Last week, hari Khamis, National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) held a free medical check-up for SIRIM staff and trainees at Bukit Jalil. So aku pun yang sangat confident yang aku kurus dan kurang risiko untuk sakit sangat bersemangat nak buat medical check-up free walhal ada kawan2 yang cuak nak kena amik darah.



Ok, check-up ni ada beberapa test. 1st, kena buat blood pressure test. Pastu BMI, ukur lilit pinggang. Check kolestrol and glukos dalam darah.


Masa bergambar  memangla boleh buat2 tinggi.

Tapi masa nak ukur kerendahan tak dapat kot buat2 tinggi. Huhuh

Cemburu tengok orang lain boleh ukur ketinggian.

Yang penting orang lain yang cuak dengan jarum, aku yang darah tak keluar. Terpaksa nurse tu tenyeh2 jari aku supaya keluar darah. Nurse tu siap ingatkan lagi supaya jangan takut, nanti darah tak keluar. Lagi aku nak berlagak, "Eh, mana takut. Berani je." Padahal sebenanya sakit gila menda ni... T_T

Okay back to topic. Ni result medical check-up aku. perlu ke kertas yang dah gaya cam belacan dah nak upload juga?



Medical check-up ni, siapa yang tak ada masalah means semua tekanan darah, bmi, glukos, kolestrol tahap normal tak perlu pergi ke stage 5 iaitu kaunseling. So aku yang perasan kurus dan sihat ni sangat konfiden la aku mesti lepasnya. Sekali kolestrol aku kantoi.

So masalah aku ialah:

1. BMI aku rendah. 18 je. Kalau normal 18.5. Tapi tak kesah sangat lah sebab nak ke normal tu aku kena tambah 1kg je lagi. Lepas lunch je dah normal. Kalau nak mengurangkan ketinggian lagi tak dapat kot. Hehehe~

2. Kolestrol slightly high which was 5.18mmol/L. Kalau normal bawa 5.17mmol/L. Tapi still tinggi kot sebab ada kawan aku yang kolestrol diorang 3 dan 4 je.

3. Aku gastrik. Tak tahu camna dia boleh tahu aku gastrik daripada ujian2 yang dia buat tu. Huhuhuh. Tapi memang aku gastrik especially waktu stress macam cuak nak exam atau present atau interview.

Aku rasa sangat mencabar kot nak turunkan kolestrol dalam masa yang sama kena gain weight. Tapi menurut doktor tu tak susah mana. Aku hanya perlu exercise selalu. Makan banyak tapi kurangkan makanan yang berkolestrol tinggi. Makanan yang berkolestrol tinggi ni ialah animal base sebab kolestrol ni dihasilkan daripada hati. So minyak sawit ngan santan memang tak ada kolestrol. So, korang tak perlu la nak cari minyak sawit or santan yang rendah kolestrol or takde kolestrol sebab semua brand pon memang takde kolestrol.

Untuk gastrik aku kena minum lemonade tanpa gula. Kurangkan gula dan manisan.

Untuk kolestrol aku kena lebihkan sayur berdaun dan labu yang juga bagus untuk gain weight. Buah - mangga, kiwi, papaya, nenas dan epal hijau. Kurangkan goreng-gorengan dan garam/masinan. Masinan tu ayat dia. Aku pun baru dengar tu 1st time. Huhuhu...

Aku pun mula merasa insaf. Nak kembali ke jalan yang suci dan sihat. Aku perlu membentang semula tikar joget yang agak lama aku lupakan.

Aku fine la. Berusaha untuk diet seimbang cuma aku rasa sedih tak boleh makan seafood, telur separuh masak, megi goreng kegemaranku sesuka hati. Huhuhuh...

So, orang lain pun, walaupun korang rasa korang sihat, terai la jaga pemakanan juga plus buat check-up. Jangan jadi alpa macam aku. Huhuh

T_T

zzzzz

6 comments:

  1. best gile dapat med cekup free
    sangat2 nak buat med cekup tapi yg free lorr~
    hehe :P

    ReplyDelete
  2. oyenk, klo dpt keje ngn pet dpt med cekap free gak. dengan extra2 lg. hehehe

    :P

    ReplyDelete
  3. kakak hanis yang mude belia :P
    tak aci.nape kurus sangat nih.
    ish ish jeles betol.

    ReplyDelete
  4. @nana~

    kurus tapi tak sihat takde maknanye..

    huhuh~

    ReplyDelete
  5. betol3. badan slim x semestinya kolestrol x tinggi. ni yg cuak ni D:
    ganbatte dalam bidang perjogetan~ haha~

    ReplyDelete
  6. @tira~

    tu la pasal. bawa2 la berjoget juga...hehehe~

    ReplyDelete