Monday, 22 March 2010

Aku Seperti Nyawa-nyawa Ikan~

Aku rasa seperti orang yang pecah amanah bila seekor ikan lumut kepunyaan makcik yang aku tumpang rumah kat Bukit Jalil ni menemui ajal Jumaat lalu.Semua sebab Khamis tu aku sangat tak keruan, tekanan perasaan, emo. Sampai je rumah terus tidur, sampai terlupa makan dan bagi makan ikan. Pagi Jumaat tu aku tengok, ikan lumut tu dah mati terapung sambil matanya terbuka. Sangat tragis kematiannya. T_T

Aku rasa sangat bersalah akan kematian ikan tu tambahan pula makcik sekeluarga tak pernah lagi telefon aku sepemergian mereka sekeluarga ke Tanah Suci Mekah. Aku dah terai kol dia banyak kali sejak Sabtu minggu lepas tapi tak berjawab.

Yang menjadi isu apabila aku yang tak berpengalaman langsung dalam bidang akuarium ni terpinga-pinga macam mana nak tukar air dalam akuarium. Sedang aku terhegeh-hegeh tanya sana-sini pasal anti-klorin la apa, seekor lagi ikan spesis puyu mati. T_T sangat malang.


Jadi semalam, walaupun bermula juga dengan malang; aku demam selasema, contact lens jatuh dalam lubang sinki, tak dapat pergi Hot Air Balloon Fiesta, aku nekad dan gagahkan diri juga pergi Chow Kit untuk cari pengganti ikan-ikan tu. Kenapa Chow Kit? Sebab menurut sumber kakak aku, dia yang teman makcik aku pergi beli ikan-ikan tu kat Chow Kit.

Tak dapat shooting kat Hot Balloon, shooting kat kedai akuarium Chow Kit pun jadilah~ T_T
Yang sebenarnya aku baru tahu ikan tu spesis ikan puyu lepas tunjuk gambar kat aunty kedai akuarium. Aku memang noob~
Ikan lumut aka ikan DBKL - spesis yang ada kat kedai ni hanya bersaiz 1/7 daripada saiz sebenar ikan makcik yang dah mati. Huhuhuh T_T

Aku tanya aunty kat kedai tu yang ikan lumut ni kena bagi makan setiap hari ke? Aunty tu cakap ikan ni tak bagi makan pon takpa sebab dia makan lumut. -_-" Pastu aku cerita kisah kematian ikan lumutku, dia cakap sebab dah tua. Huhuhuh~

Antara spesis yang ada kat kedai tu:

Ikan kelah... kot kelisa

Thanks pada yang sayangtegur.


Ikan benjol ni mahal. Harga dia lebih RM300






Ikan patin - ada juga orang bela dalam akuarium. Yang aku tahu orang bela kat sangkar dalam Sungai Pahang je..


Sangat agresif ikan patin ni. Nak suruh pose pun asyik meliuk-liuk je.






Amik kau. Punyalah kempunan nak pergi date ngan LX-3 kat Hot Air Balloon tak dapat, date kat kedai akuarium pon jadilah.



Mission Accomplish~


Anti-chlorine pon aku beli demi menukar air akuarium tanpa rasa was-was dan serba-salah. :D


Harap ikan-ikan ni dapat berkenal-kenalan dan serasi sesama sendiri di tempat yang baru.


Aku terpaksa pulang ke kampung untuk 2 hari. Tapi aku pun dah memaksa kakak untuk tidur kat rumah makcik tu supaya ikan-ikan tu tak skip meal setiap hari. Tak nak pisang berbuah dua kali. T_T


Jangan gocoh-gocoh ye.

p/s : gambar terpaksa diresize sebanyak 50% sebab lama sangat nak upload. Huhuhuh~

8 comments:

  1. wakkakaka tu bkn ikan kelah cik syg
    tu ikan kelisa..ahahha

    ReplyDelete
  2. wakkakaka tu bkn ikan kelah cik syg
    tu ikan kelisa..ahahha

    ReplyDelete
  3. takziah atas pemergian mr. ikan

    "...mati terapung sambil matanya terbuka"

    bukan depa tidoq pun mata terbukak ka? hehe

    ReplyDelete
  4. alaa.. kudin.. tak tau pulak kelisa tu spesis ikan. ingatkan sama spesis dengan kancil, rusa, myvi. ;P

    ReplyDelete
  5. alia~ hehehe... mmg la. tp kalo mati lagi kesian. mata dia warna kelabu2... huhuh~

    ReplyDelete
  6. patutla lame benor kitorg tgu kt dlm keta..rupenye die gi photoshoot...

    ReplyDelete
  7. ala.. dayah.. korang tunggu ke?hehehe~

    takpe r.. korang da berhibur dgn suju semalaman..

    bg la aku berhibur 10 minit kt kedai akuarium. huhuh~

    ReplyDelete
  8. ikan benjol tu namanya flower horn...

    :D

    hahaha~

    ReplyDelete