Wednesday, 14 April 2010

What The Fish~

Okay, sebenarnya aku dah berazam tak nak menunjukkan ke'emo'an di mana-mana laman blog, facebook, gtalk, google buzz atau apa-apa saja. Tapi aku hanyalah manusia biasa yang selalu dipengaruhi oleh perasaan.

Again pasal ikan. Errr..bukan sashimi atau patin masak tempoyak. Tapi pasal ikan akuarium kepunyaan makcik sekeluarga di Bukit Jalil.

Aku dah pun berterus-terang kat makcik sekeluarga tentang pemergian ikan-ikannya sebaik diorang pulang dari umrah. Nasib baik Tasha suka ikan-ikan baru tu. Kalau tak mesti aku kena hukuman gomol-gomol. Huhuhuh~






Di suatu weekend, sepulangnya aku dari kampung halaman, perkara 1st sekali aku tanya Tasha, "Ikan hidup lagi tak?". Tasha cakap, "Yang kecik dah mati..."
Huhuhuh...

Ikan puyu pulak asyik bergocoh sesama sendiri. Sampai ikan puyu yang lama ni injured. Ayah aku punya cadangan suruh bawa ikan2 tu pergi klinik ikan. T_T



Tak faham ikan-ikan lumut zaman sekarang, pendek sangat umur. Tak reti la nak jaga ikan lumut... Huhuh~ or pet memang tak suka aku...


Ikan lumut dalam kenangan. Semoga rohnya dicucuri rahmat~

1 comment:

  1. haha.. fish.. used to rear fish last time =)

    ReplyDelete