Thursday, 27 May 2010

Buang Karan je...

Sedar tak sedar dah lebih sebulan aku bekerja means lebih sebulan juga aku menumpang rumah makcik aku kat Bukit Jalil ni. Eh, lebih kot sebulan sebab masa training kat SIRIM dulu pon duduk sini. Huhuhu...

Tapi, aku rasa agak bersalah la. Tak tahu la sebab aku ke sebab sape. Tapinya, bil elektrik rumah ni naik dekat RM100 daripada bulan lepas. Aku memula tengok bil tu ingatkan tertunggak dah setengah tahun, rupanya untuk sebulan. Sama dengan sewa sebuah rumah teres 2 tingkat kaedahnya. Terkezut juga aku.

Mana taknya kalau duduk kat Kampung Sentosa tu, bil kat rumah kalau mencecah RM100 tu pun dah rasa banyak gila. Itu pun kalau abang ada kat rumah, sebab dia sorang je yang guna air-cond kat rumah tu.

Kat rumah makcik ni, setiap bilik nak ada aircond, tak masuk lagi ruang tamu. Aku yang kekampungan tak biasa aircond ni pun terpaksa bersejuk beku sebab tidur sebilik dengan Ain. Tak termasuk lagi alat-alat elektrik yang lain; peti ais, dryer, mesin basuh, alat pemanas air dan macam-macam lagi. T_T

Semestinya aku tidak duduk diam. Aku lakukan sedikit research supaya penjimatan elektrik dapat dilakukan. Kali ini usaha aku bukan sahaja bertanyakan kepada Encik Google, aku juga menonton drama Ohitorisama lakonan Koike Teppei dari episod 1 hingga 10(finale) kerana terdapat juga tips menjimatkan elektrik.



Walaupun ada 1 scene je, itu pun episod 4 je, nak juga tengok marathon sampai 10 episod. huhuh~

Antara tips-tips penjimatan elektrik di rumah termasuklah;

1- Instead of using socket adapter seperti ini

yang membenarkan arus elektrik secara siri.

Gunakan extension socket seperti ini

supaya membenarkan arus selari. So, kalau alat elektrik yang tak guna tu tak perlu la kita 'on'kan sekali.

2- Peralatan elektrik yang kita tak gunakan setiap masa seperti aircond, tv, dikoder astro, radio, computer, periuk nasi automatik dan sebagainya, di dibiar dalam mode stand-by setiap masa.



3- Gantikan coffee maker atau electrical thermo pot




dengan thermos jug yang juga boleh mengekalkan suhu air dengan lama.


4. Ini aku selalu buat. Kumpulkan pakaian untuk laundry. Bukan sahaja jimat elektrik, tapi juga air, sabun dan tenaga fizikal. Heheheh~


5. Tinggikan sedikit suhu aircond daripada kebiasaan.



6. Gantikan aircond dengan humidifier (yang ni tak boleh kot nak apply, tak kan aku nak buat sesuka hati kat rumah orang.)



7. Nak penjimatan drastik, gunakan tenaga alternatif:


Usaha Ain untuk menjimatkan elektrik untuk orang-orang tak reti bahasa macam aku kot

good~

Okay-okay, malas nak tulis panjang-panjang dah. Jimat letrik kot. Korang la pula sambung kalau ada tips yang boleh ditambah lagi.

zzzzz


*mak pernah menyuarakan permintaan nak dryer. Penat jemur kain kaedahnya. Tapi, dua minggu lepas, ayah dah pun belikan ampaikan baru. Merasa tak adalah penat sangat jemur kain kat ampaian yang sama je. Ekekeke~

1 comment:

  1. another tips,
    "Do not switch on your laptop to blog or download at home, instead, do it at the office. Because u may end up hours in front of your laptop and may cause more electric usage."

    moral of story, stop blogging and downloading!

    *NO WAY!! mesti ko xnak ikut kan? :P Aku pun!

    ReplyDelete