Monday, 31 May 2010

Kerana Mereka Ku Anggap Kawan

Setelah 6 tahun berlalu, kami batch Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan SPM 2004 merancang dan mengambil keputusan untuk mengadakan sebuah reunion secara besar-besaran di pantai Balok pada 28 dan 29 May 2010. Pada mulanya sambutan yang diterima agak sepoi-sepoi bahasa terutama dari kaum perempuan. Mula-mula yang confirm hadir, 6 orang je perempuan. Tapi malam tu tak disangka-sangka ramai pulak. Begitu juga lelaki, mungkin dalam sekali ganda yang di jangka.

Basically sangat seronok reunion tersebut. Maklumlah dah lama sangat tak jumpa. Kebanyakkannya menampakkan perubahan ketara terutamanya fizikal lah. Hehehe. Tapi perangai, gaya semua tak berubah. Bila berborak rasa macam baru minggu lepas habis SPM. Terasa seperti kembali ke zaman sekolah. Itulah orang cakap, zaman persekolahanlah paling seronok. Memang tak sama dengan zaman kolej dan kerja.

Taknak membebel panjang, kerana entri ini akan menjadi sangat panjang tanpa bebelan sekali pun.

Lebih baik layan laporan bergambar Reunion ShahPekan SPM04 2010:



Aku menawarkan Munirah perkhidmatan prebet sapu. Dia naik bas dari Muadzam ke Kuantan. Plan nak sampai pukul 2. Tapi dia tersampai awal. Tapi aku still ambil dia pukul 2 sebab aku jenis yang menepati janji. :P

Reunion kecil; berkumpul di East Cost Mall, Kuantan dengan Husna dan Najibah.


di restoran X sebab Najibah dah masuk angin sampai ke kepala katanya.


Dah isi perut, nak kena buang pula. Bukan sengaja nak bergambar  kat sini. Tapi dah jadi macam tempat wajib plak nk bergambar  kalau reu kat ECM.

Lepas siap sesi bergambar  dan membeli-belah apa yang patut kami bertolak ke destinasi Balok Seaview Resort.


Sesampai di pantai Balok, kami tidak lagi membuang masa tapi meneruskan lagi aktiviti bergambar  setelah aku kempunan bercanda di tepi pantai secara berkumpulan.





Dunia in ana yang punya... Hahahah~


Berusaha untuk tinggi~


Terapung okey~

Vouge gila Munirah lompat, macam ANTM. Aku macam ..... cacat





Dah siap bermain-main, basuh kaki, kerja time~


Una bertugas sebagai tukang potong tembikai


Dan aku, tukang rasa tembikai. Memang cocok.




Dari petang diorang ni ber'bbq' ayam.


Aku tak berapa nak caya sangat diorang ni.



Tengok la ape diorang buat. Memang tak boleh caya. Ekekeke~



See hasilnya. Lol



So, aku pula yang bertugas setelah mengambil kira apa yang berlaku tadi. Okay tipu, ni semua ni posing je.


Dah siap gotong-royong masak memasak, kitorang pindah angkut semua makanan ke bilik karaoke yang beraircond.


Antara bekas pelajar lelaki yang datang.

Aku try sebut sorang2; Fendi, Cibi, Hariz, Sam, Anaz, Sapok, Amri, Lokman, Mamok, Jaa, Idin, Iwan, Farhan, Shafie, Syukri Jalal, Nasri, Soot, Taufik, Hassan. Yang takde dalam gambar, Shahrul, Bob, Zico, Imam. sorang tersorok tak dapat dikenal pasti. Huhuhuh~


Aktiviti dimulakan dengan ucapan Ketua Projek yang merangkap anak saudara Ketua Kampung Sentosa, Mohd Firdaus Abdul Rahman aka Imam. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.


Wakil dari peserta wanita - Najibah Termizi
Quote paling mahal, "ada siapa-siapa nak cakap ke?"
Kelas Cikgu Najibah



Seterusnya sesi melantak.






Sambil makan, mereka menghiburkan sesama sendiri.


Aku tak sangka batch aku ni ramai juga bakat terpendam. Kenapa tak di cungkil dari zaman sekolah, kalau tak nasyid sekolah boleh sampai peringkat antarabangsa kot.
zzzzzzzz



Next, aktiviti bergambar .



Emy, Ain, Munirah, Ada



Nat, Munirah, Ada, Husna, Angreni




Dayah, Emi, Angreni, Adik Angreni, Mira, Hajar


Aini Syuhada, Munirah, Nat, Ada, Husna, Me, Ain, Dayah, Emi, Hajar Naim



Aktiviti seterusnya


bergosip bercerita


bergosip bercerita


bergosip lagi bercerita lagi



Termasuk dalam pakej ialah t-shirt rasmi. Terlupa nak amik gambar belakang t-shirtnya. Somehow t-shirt aku ada tulis 'chief' mungkin kerana aku bertindak sebagai ajk air. Huhuhuh~



Dan bila tiba tengah malam kami pun tidur.

Okay tipu, lepas tamat tempoh sewa bilik karaoke tu pukul 12.30am, kitorang sambung lagi bergosip bercerita dekat tepi kolam di temani cahaya rembulan. Mungkin sejam lepas tu kitorang masuk bilik dan bersiap nak tidur. Tapi tak kot, sebab sambung lagi bergosip bercerita. Tiba aku rasa nak intai ke luar bilik, nampak Imam sorang-sorang kemas dan kutip sampah, so rasa kesian dan aku, Munirah, Una keluar la tolong. Disebabkan kami cekap, kerja-kerja tersebut siap dalam lebih kurang 5 minit. Tapi tak tamat di situ sebab kitorang drag sekali Imam dan Syukri bergosip bercerita lagi sampai pukul 4.30am. Adeh... Balasannya kerana kuat bergosip bercerita suara aku dah jadi rock sekarang. Huhuhuh~


Haih, itula da tak berjumpa 6 tahun macam-macam benda nak diborakkan. Satu persatu nak dikupas.


Kesimpulan yang dapat aku buat, Reunion kali ini terbaik. Tahniah kepada organizer yang sangat banyak berkorban dan bertungkus-lumus untuk reunion ni. Harapnya gathering macam ni boleh diadakan lagi. Aku akan sentiasa support 100%. Aku juga berharap, ramai lagi kawan-kawan yang boleh hadir. Lagi ramai lagi seronok.

Nak balik semula ke zaman tu tak boleh. Kejayaan mahupun kesilapan semuanya tinggal nostalgia. Jatuh bangun di ShahPekan ialah kenangan manis tak dapat dilupakan. Tapi kita masih mampu merasakan kemanisan itu kerana persahabatan kita tetap kekal...

Ecececece~

"Friendship... is not something you learn in school. But if you heven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything."

"A true friend never gets in your way unless you happen to be going down."

"Friendship is a single soul dwelling in two bodies."


Some meaningful quotes yang ada dekat Tshirt rasmi reunion. So nice~


*Gambar laporan penuh akan diupload di Facebook asap.

10 comments:

  1. reunion mmg best..da lama xjoin reunion..haha..
    wei, aku xsgka la ko blh melompat tgi cmtu!

    ReplyDelete
  2. haih..susah gak duk jauh2 neh...xdpt jmpe mmbe2

    ReplyDelete
  3. wah..bestnya kan dapat wat reunion
    kumpul ramai2 and banyak cite gosip nak dikongsi
    tp lagi best bl semua dah berjaya menjadi orang =)

    ReplyDelete
  4. waa..byknye gmbar..
    siap kire, 38 keping. lolz

    igtkan btul2 same tgi ngn diorg, rupenye jengket kaki.. hak3~

    ReplyDelete
  5. kamil~ jgn pandang rendah kat aku sebab aku pun boleh melompat lebih tinggi. hehehe~

    ReplyDelete
  6. faruk~
    jauh di mata dekat di hati. jangan riso, kitorang tetap ade cerita2 pasal ko jugak. tak lupa tau. ekekeke~

    ReplyDelete
  7. miss edura~
    betol la tu. boleh jugak tengok 'perkembangan' masing-masing.lol~

    ReplyDelete
  8. bagus saleh, sangat teliti dlm memanalisis blog aku. :P

    duduk sama rendah, berdiri tak sam tinggi kaedahnye. tepaksa menjengkek. huhuhu~

    ReplyDelete
  9. hanis..sgt jeles ok!! hihii..ruginye x dpt join..hope ade lg reunion besar-besaran cmni..aku nk gak merase..wep,ade gosip2 pasal aku x? kui3...

    ReplyDelete
  10. tu sapek, aku da offer tompang dari depan pintu umah ko da. huhuh~

    xpe2 len kali mesti ade jodoh lg.

    eh, kitorang memang takde gosip pasal ko. kitorang cerita je pasal ko. ekekeke~

    ReplyDelete