Tuesday, 11 May 2010

What The Fish 2~

Malas nak komen pasal kekalahan Malaysia kepada Jepun 2-3. Tak berbaloi rasanya aku terperangkap dalam traffic jam nak balik rumah yang 1 km je. Tapi terpaksa juga bersesak dengan orang yang nak tengok Thomas Cup seberang jalan tu. Huhuh~

Yang penting ayam Badminton kita, I mean ayam tambatan Datuk Lee Chong Wei main badminton nak kena ada blink-blink kat jari dan leher hokey. Diva gitu. Jangan marah~

Tapi apa yang aku lebih concern sekarang ialah nasib anak-anak ikan yang aku bela ni selalu bergaduh sesama sendiri semata-mata untuk meraih kasih sayang. Errr... bukan. Motif mereka bergaduh tak dapat dikenal pasti sebab aku tak mahir pon bahasa ikan.

Yang pasti ikan yang baru aku beli tu very the naughty one. Sangat ganas dan rakus.

Korang tengoklah apa yang dia buat kat ikan yang lagi satu ni.


Dan sekarang aku confuse, ikan yang aku beli tu spesis puyu ke piranha. Mengganas sampai makan kawan sendiri. Nasib baik ikan tu tough. Walaupun cedera parah, badan belubang sampai nampak tulang. Sikit lagi nak tembus. Syukur, dia panjang umur.

Uncle mengambil keputusan untuk mengasingkan ikan yang ganas tu.

Merasalah bau-bauan enak seperti kari kepala ikan, sambal peria, tahu sumbat, telur masin dan sebagainya sepeninggalan di tempat baru.




Ngahaha...
Walaupun rasa kesian juga dekat dia sebab terpaksa hidup di tempat yang bersuasana suram dan sunyi. Tapi nak buat macam mana dah kau tu sangat mengancam nyawa orang lain. Orang dah bagi tempat tinggal yang best berlatar belakang kan Stadium Nasional Bukit Jalil, masih lagi tak bersyukur dan melakukan keganasan domestik. Itulah akibatnya. Harapnya kau boleh insaf dan bertafakur di situ.


Get well soon wahai ikan yang malang~
Hanya ikan-ikan di botol anti-klorin menjadi tempat mengadu nasib. T_T

5 comments:

  1. brutal gilo ikan tuh!

    seriau weh tengok gambar isi si ikan kesian.. muke pon sayu je isk isk

    bagus tindakan asingkan tempat tidur mereka eh i mean akuarium :P

    ReplyDelete
  2. saa, sekarang ikan tu dah semakin ceria...

    ikan yang ganas tu pula macam kesian, tak aktif je duduk dalam baldi. mungkin pening-pening lalat + loya selalu bau yang pelik-pelik. tapi aku rasa lama-lam ok kot bila dah terbiasa.
    ekekeke~

    ReplyDelete
  3. haish, bela ikan puyu..kat umah aku pun ada..tapi tak de la ganas sangat..setakat makan ikan-ikan lain yang ada dalam aquarium tu je..hahaha

    ReplyDelete
  4. nasib baik ikan tu makan ikan-ikan lain je. kalo makan gajah? sape nak jawab???

    ReplyDelete
  5. huhu....ksiannyer ikan tu...

    ReplyDelete