Tuesday, 31 August 2010

Buat Anak

Hampir setiap hari gejala buang bayi ni semakin berleluasa. Makin ramai yang kecam, makin banyak pula yang kes. Macam bukan ambil ikhtibar malah buat sebagai contoh jalan penyelesaian masalah.

Macam kelmarin pun ada kes buang bayi kat tepi jalan berhampiran dengan pangsapuri Brunsfield. Bayi tu yang masih ada tali pusat & fresh blood tersangatlah comelnya. Sampai hati ada manusia yang sanggup buang bayi comel yang tak berdosa tu.

Diletak dalam beg kertas di papan tanda beri laluan betul-betul di tepi jalan.



Lihatlah masih ada uri dan tali pusat yang belum dipotong.



Bayi menggeliat kesejukan.




Dan aku rasa memang patut aku juga mengambil bahagian dalam usaha membanteras kezaliman manusia yang membunuh manusia lain yang tak berdosa.

Aku percaya orang yang buang baby ni memang tak nak baby tu. Then it's simple. Biar cikgu Hanis ajar.

Kalau kau buat seks, kau akan dapat baby dan

Kalau kau tak nak baby, jangan buat seks.

Seks = Baby

Perempuan, tolong jadi tegar. Ingat ini, lelaki itu jahat. Dia tak akan kahwin dengan kau kalau kau mengandung. Kau yang akan menanggungnya seumur hidup kau dan juga selepas mati kau. Melainkan dia ialah lelaki yang baik, tak akan ajak kau buat seks sebelum nikah.

Lelaki, tolong jangan jadi loser. Sila bertanggungjawab atas perbuatan anda. Kalau kau betul-betul sayangkan dia. Masuklah meminang. Ada beran? Tolong lawan nafsu serakah.

Family dan masyarakat. Please concern dengan orang di sekeliling anda. Takkan orang preggy pun tak perasan.

Bagi yang dah terlanjur, (bukan nak benarkan tapi yang memang dah terlanjur) tolong jangan buat dosa besar kali kedua. Betul dosa pahala antara kita dan tuhan. Selagi hidup kita masih ada ruang untuk bertaubat. Jangan nafikan hak bayi yang dah diberi nyawanya.
Mungkin ada yang fikir tak nak beritahu mak ayah kerana fikir, "matilah aku kalau mak, ayah aku tahu"
Sebenarnya mak ayah kau tak sekejam itu, kalau mak ayah kau kejam, dari kau lahir dah buang dah kau. Malah kau akan mati kalau buang anak tu kerana akan disabitkan kesalahan membunuh dan hukumannya ialah tali gantung.


Merdekakah kita kalau sebuah negara yang diwar-warkan negara Islam macam ni tapi masih berleluasa lagi kes buang bayi? Kenapa selepas 53 tahun kemerdekaan dengan banyak kemajuan dan kecanggihan kita seolah-olah balik semula ke zaman jahiliah?



Aaaah... berkesan ke bebelan aku ni?

Mungkin korang semua tengok video bawah ni lagi berkesan kot...





p.s : teringat beberapa tahun dahulu, ayah tunggu aku pulang cuti semester di terminal bas temerloh. Ada kawan ayah yang dukung bayi tembam yang sangat comel. Ayah tanya samada itu cucu ke? Kawan ayah tu cakap dia tolong pegangkan anak orang. Bapanya pergi toilet. Ayah pun bersembang dengan kawan dia tu. Dah lebih kurang 10 minit rasanya, bapa bayi tu masih lagi tak datang.

Ayah : Eh, mana ayah budak ni lari ke?

Kawan ayah : Entah. Melabur saham amanah juta-juta kot (skrip diolah)

Ayah : Kalau ayah budak ni tak datang, koi nak lah budak ni (Koi = saya dalam loghat Pahang)

Kawan ayah : Eh, koi yang pegang, koi la yang ambik.

Tetiba, ada beberapa orang di sekeliling pun cakap "koi nak juga"

Lepas tu diorang pun berbincanglah siapa yang lebih layak ambil bayi tu. 5 minit kemudian datang ayah budak tu. Dan serentak semua orang tergelak.

Rupa-rupanya ibu bayi tu ada je berhampiran kitorang menyaksikan gelagat pakcik2 berebut anaknya. Mungkin mak dia nak berehat, since ada orang nak tolong dukungkan anak bayi dia yang gemuk tu. -_-"

4 comments:

  1. suatu peringatan dan pesanan yang tegas untuk kita semua.....

    ReplyDelete
  2. @Hazman

    bahasa melayu memang indah. penuh dengan kiasan. tapi kadang-kadang kena berterus-terang supaya terus sampai ke hati.

    sama-sama kita doakan supaya dijauhkan bala dosa sebegini lagi..

    ReplyDelete
  3. siyes macam sedey gile bace pasal baby kat shah alam tu kan.emm tapi bukan 'semua orang SHAH ALAM' camtu taw =) ni lah masalah orang perempuan.macam sengal sengal je tak boley pk yang LELAKI type 'noty noty' nih bukan nak kawen ngn kita pon lepas dah habes sume die pegang kan.haaa kan dah direct cakap nih.[kadang-kadang kena berterus-terang supaya terus sampai ke hati]

    girls : tolong hargai TUBUH anda.
    ** tq somuch cikgu hanis :)

    ReplyDelete
  4. @♥ nana i am ♥

    nana.. betul tak semestinya orang tempatan yang buang baby tu.. kita pun tak tahu. biasanya orang yang baru pindah ke situ. macam kes kat melaka tu.

    btw thanks juga cikgu nana untuk nasihat~

    spread love, no war~

    ReplyDelete