Monday, 23 August 2010

Kalau Mulut Puaka Masa Puasa Memang Dibayar Cash

Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan kepada semua dan salam 1Malaysia?

Post kali ini yang menceritakan siri pedoman pengalaman esklusif blogger sendiri mungkin boleh dijadikan ikhtibar dan mungkin juga alasan hiatus yang berpanjangan selama ini.

Wow... agak kekok dah lama tak menaip kat blogger.

Aku akui, aku ni memang mempunyai mulut yang kurang berinsurans bererti insurans pakej murah-murah je. Sebab tu la kadang-kadang perkataan yang terkeluar dari mulut ni terbabas tanpa kawalan.

Al kisah yang pertama, terjadi kira-kira hampir lapan tahun dahulu. Okay, itu cerita zaman purba. Tapi aku still tak boleh nak lupa. Berlaku bukan pada bulan puasa. Tapi hari tu aku berpuasa. Tak ingat dah puasa apa. Besar kemungkinan puasa ganti pada hari Isnin atau Khamis di bulan Rejab atau Syaaban. Sebab hari-hari tu kat asrama Shahpekan, dewan makan menyediakan kemudahan untuk umat-umat yang rajin puasa ni. Kira biasanya pukul 6.30petang dah boleh dinner, tapi hari Isnin dan Khamis, dewan makan lanjutkan masa makan malam sampai Maghrib.

Perkembangan cerita semasa aku bersiap-siap nak pergi berbuka dekat dorm, dormate, Sabrina dengan baik hati ucapkan kepadaku, "Semoga berbuka, Hanis~" Cukup baik kan?

Tapi aku dengan celuparnya gelak, " Haha... Apsal ko cakap semoga berbuka? Biasanya orang cakap selamat berbuka. Macamlah aku nanti tak berbuka sebab kena sengat tebuan kot..." Yes, sehari sebelum tu ada seorang kakak senior, Kak Farah kena sengat tebuan dekat dewan makan sebelum berbuka puasa. Then, Sabrina pun, "Ala, bukan salah pun aku cakap, yela2 selamat berbuka."

Ya, seperti yang anda semua sangkakan, aku telah pun disengat tebuan sebaik sahaja langkahan kedua ke dalam dewan makan. Tak boleh bayangkanlah sakitnya. Satu asrama ingat aku histeria sebab menangis melalak tak ingat dunia. Padahal kena gigit tebuan je. Sabrina yang turun ke bilik sakit masa tu gelakkan aku sambil menganjeng dengan kata-kata celupar aku sebelum tu.

Dan aku memang tak berbuka pun malam tu. Time maghrib2 mana la ada cikgu yang free, so, warden yang bertugas hantar aku ke hospital pun agak lambat la. So, lama la juga aku histeria di situ. Sampai kat hospital, hospital attendance tu bagi aku 3 injection. Amik kau. Nak tambah dramatik lagi, dia balut kaki aku dengan bandage setebal-tebalnya, padahal aku rasa tak perlu pun. Huhuh~ Sejak kejadian tu, aku memang tak pernah lagi mengganggu tebuan kecuali dia dalam keadaan betul-betul tenang, dan aku dengan kelengkapan senjata yang mencukupi, memang aku lumat2kan dia cukup2 itu pun kalau tak ada geng2 tebuan yang lain. T_T

Okay, tinggalkan cerita zaman purba. Cerita yang terbaru, tidaklah sedasyat cerita tebuan, tapi still sebab mulutku. Minggu pertama puasa, adik aku demam. Mak sangat concern pasal adik yang demam, beria-ia suruh pergi klinik 1Malaysia. Aku pula cakap "Ala, mengada-ngada je tu. Da la dah besar, badan pun besar ya amat. Demam sikit pun mengada-ngada." Dan, betul minggu kedua puasa giliran aku pula demam. Ya aku degil tak nak pergi klinik, tapi mak paksa juga macam mak paksa adik.

Dekat klinik, aku sempat lagi berlagak dekat doktor tu, supaya bagi aku ubat yang tak mengantuk. Then, doktor tanya why? aku kerja ke? Aku cakap ya.(Jelas sangat sebelum tu tak nampak macam wanita bekerjaya mungkin nampak macam budak sekolah atau budak lepak). Mungkin menampakkan keikhlasan aku, doktor tu bukan sahaja bagi aku ubat yang mengantuk, malah bagi MC lagi walaupun masa doktor tu pegang aku, tangan dia lagi panas dari tangan aku. Okay, ni bukan tips macam mana nak raih MC.

Dan aku juga jadikan ini sebagai sebab hiatus kali ini. zzzzz


p.s : o i hate too many words in one post. hope someone will read this

p.p.s : I've changed the layout to the old one.

10 comments:

  1. hoho..lawa gambau tebuan tuh~ =D

    ReplyDelete
  2. btul ke org kata kalau nk MC senang masa tido kepit sabun celah ketiak smpai esok pagi..konpom demam sekejap.btul ke?
    kot2 la ko pnh wat ke

    ReplyDelete
  3. tebuan kat DM...mmg byk...yg peliknye kat atas lantai 2 yg banyak...sejak bile ntah tebuan merayap atas lantai...haha

    ReplyDelete
  4. kerana mulut badan binasa cik hanis ;D
    * memang sakit kene sengat tebuan[tapi tak penah kene lagi dan berharap tak kene] hehe.

    ReplyDelete
  5. @Sarsir

    itu la musim tebuan kaedahnya... huhuh.. nasiblah yang berdarah manis terpijak tebuan.. T_T

    ReplyDelete
  6. @♥ nana i am ♥

    doa dijauhkan la... sakit yang tak boleh diucapkan dengan kata2.. boleh meraung je... huhuh~

    ReplyDelete