Sunday, 3 October 2010

Tun Mahathir dimasukkan ke hospital di Melbourne


KUALA LUMPUR 2 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne hari ini bagi rawatan jangkitan kuman di dada.

Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff berkata, Dr. Mahathir yang dimasukkan ke hospital tersebut sejak pukul 9 pagi hari ini bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan dinasihatkan mendapatkan rehat yang secukupnya.

"Tun Mahathir juga berada di wad biasa dan beliau diberikan antibiotik di samping menjalani fisioterapi.

"Beliau dijangka berada di hospital beberapa hari lagi untuk pemantauan,'' katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sufi memberitahu, Dr. Mahathir yang diiringi isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali berada di Melbourne sejak Khamis lalu untuk berucap pada seminar pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Melbourne.



sumber Utusan


Kebarangkalian menerima graduation scroll daripada UTP's Chancellor Tun pada 17 Oktober ni mungkinkah semakin tipis?


T_T


get well soon, Tun~

2 comments:

  1. ha ha ha baru je cakap-cakap ari tuh.
    tup-tup dah masuk hospital.
    aku taknak konvo ah kalo tun tak jadi bagi scroll!!

    ReplyDelete
  2. @mashimarossa

    kan saa...

    masin betul mulut orang yang dengki kat tu.. :P

    ReplyDelete