Thursday, 4 November 2010

Tasha's Miracle of Joy Night DVD Rip Release 1

Terlebih dahulu aku ingin memohon seribu kemaafan kepada fangirls dan fanboys Tasha yang dah lama tunggu post ini. Sebenarnya alkisah aku nak release dulu fancam punya video tapi kualiti dia hampeh sangat. Jauh dan angle tak nampak jelas Tasha. Plus aku datang lambat malam tu, sebab berkejar dari Perak. Aku hanya sempat tengok closing je. So, kalau aku release juga, mesti ramai yang kecewa. Belum masuk sumpah seranah lagi sebab cameraman noob sangat. Huhuh~

Aku yang juga kecewa dan down sebab video yang aku record sendiri tak memenuhi piawaian ni telah diberi kejutan oleh Tasha sendiri Jumaat lepas bila dia bawa balik DVD concert. Yeay~ Lepas da dapat dvd tak boleh play pulak sebab DVD player kat rumah ni dah sedia rosak. Pastu Mak Tasha ada dua ketul netbook. Dan laptop aku tukun tak boleh nak play DVD. Ngahahaha~ Terpaksalah lepas breakfast pagi-pagi Sabtu tu kami merentasi juga lautan Red Warriors yang men'jam'kan jalan raya Bukit Jalil ni pergi Endah Parade beli DVD player. Sampai hari ni merasalah tengok DVD ni ulang-ulang. Hahaha~ Bila ntah nak bosan.

Dan dengan bantuan rakan penyelamat dunia aku berjaya rip DVD tu. Tapi since aku genius noob komputer terpaksa mengambil masa yang lama untuk convert, edit, dan upload ke Youtube video-video ni. Huhuh~


Tasha terlibat dalam Welcoming Speech, Opening Performance(Joget, Poker Face, Sorry Sorry Dance) & Closing Performance (Nobody Dance).




Welcoming Speech. Tasha punya part start minit ke 2.30. Tapi korang dengar je la yang awal2 tu kalau tak, mungkin akan faham Anis Natasya, Sri Petaling ngan sheshe je. Huhuhu~






Kira kalau kat UTP punya konvo, yang bagi speech tu yang dapat Chancelor Award. So, boleh kira Tasha pun dapat Principal Award la sebab wakil bagi speech. Kembang semangkuk ibu & ayah. Huhuhu~


Dance Performance? kena tunggu part 2 kot since blogger is noob. Tapi korang dah dapat snippet costume dia camne. Heheheh~ Please Bersabar...


p.s : poor Tasha kena chicken pox pula. Get well soon~

6 comments:

  1. pehh..smart gle tasya speaking mandarin..
    bile plak kak teh nye nk speaking cm2? ;P
    congrats tasya~
    cpt upload vids dance~

    ReplyDelete
  2. kat umah tasha speaking mandarin tak?
    teringat pulak zaman skola tadika dulu.haha.time tu je laa yang comel.
    tak saba tunggu part dance pulak.
    sila upload kak teh tasha ;)

    ReplyDelete
  3. wahh fluent nyer....hehe...

    ReplyDelete
  4. @Saleh Hamdi

    alaa.. kak teh pun boleh jugak cakap mandarin.

    ii, erk, san, ser... :P

    tak nak kalah. hahaha~

    ReplyDelete
  5. @♥ nana i am ♥

    tasya ckp mandarin ikut mood. tapi kalau cakap pun orang lain akan balas wo ai ni je la. hahaha~

    nana still cute lagi laa.. heheh~

    ReplyDelete
  6. @ELLY

    a'aa... kita dengar macam fluent. :P

    ReplyDelete