Friday, 31 December 2010

Khairul Fahmi : Latest World Super Hits Sensation

Khairul Fahmi ke-5 tertinggi di rangkaian Twitter


2010/12/30
KUALA LUMPUR: Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.
Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan ''Support Timnas'', yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.
Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.
Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula. Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan. "Terima kasih kerana mengembalikan ''keseksian'' dalam bola sepak Malaysia," kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu.
Lima daripada 10 trend teratas Twitter seluruh dunia didominasi perlawanan bola sepak yang berlangsung selama 90 minit pada pertandingan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.
Sebelum ini, Twitter juga menjadi platform kepada penyokong bola sepak Indonesia yang berang dan mendakwa Malaysia memenangi perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur secara tidak adil, manakala penyokong Malaysia lebih gemar menunjukkan sokongan dan kecintaan mereka menerusi Facebook.
Seorang lagi pemain cemerlang, Mohd Safee Mohd Sali, hampir mendapat hit 17,000 "Like" dalam Facebook dari 15,000 pada separuh masa perlawanan.
Mohd Safee yang menjaring gol pertama pada perlawanan akhir kedua, turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima gol.
Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam akaun twitternya, @rioferdy5.
"Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala Suzuki. Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lepas. Memang satu pasukan yang bagus," katanya.
Dilaporkan bahawa penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna terbesar Twitter dan Facebook dengan Indonesia mempunyai 15 juta ''tweeters'', ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil, manakala rakyat Malaysia mempunyai ''friends'' Facebook paling ramai dengan purata 230 setiap pengguna. - BERNAMA


Sumber : Berita Harian



*His gf is just so weird. Dia screencaps segala tweet, status facebook, reblog segala link blog yang ada tulis pasal bfnya. Sangat macam insecure psyco gf yang sangat obses kepada bf nya. belum masuk expose semua dialog & sms lagi. dah macam uncle seekers dah. ekekeke~ bf hot kaedahnya. zzzzzz

* ramai tak puas hati Julia Perez tak mengotakan janji

* off topic : dengar hot fm tadi ada penyanyi Black & Meet Uncle Hussain. Black cakap dia sakit tekak. Then salah sorang MUH cakap "Sebab tu semalam kita tak turunkan Black. Kita gantikan dengan S.Kunalan" Ekekeke~

Tengah gigih belek blog awek tercinta kaedahnya... Betul ke? Ke blog Hanis Zalikha? Ekekeke~


We owe u a 1 day cuti~ Thanks btw... hehehe~

4 comments:

  1. haha.same sikit sikit.takpe hanis, hopefully gf khairul fahmi tak printscreen post kite nih.FREE FREE je kang glamour jugak.HAHAHA.

    * picture dia tengah layan facebook tu at fist nana ingat nak caption camtu gak.tapi takot tak pasal pasal kena ketok pale ngn gf dia :P

    ReplyDelete
  2. @♥ nana i am ♥

    kalau dia printscreen kita punya blog memang officially kot psyco sebab kantoi gigih click setiap link search kat google tu sampai page ke 100. hahaha~

    ada bunyi2 ugutan x?

    ReplyDelete
  3. Haha.akak suka entry ni.ingt nak buat gak satu entry cam ni,nanti kata peminat fanatik si khairul fahmi lak.tp his gf mmg freaking psycho.

    ReplyDelete
  4. @Shima M.Nawil

    hahaha~ agak la. nasib la semua laki, pompuan, gay, straight, pakar it, pakar ekonomi, jatuh sukan & juga jutawan, semua dituduk peminat fanatik KFCM. ekekeke~

    ReplyDelete