Wednesday, 31 March 2010

Oit, Minah Senget!


Parking kereta tak reti-reti nak straight. -_-"

Thursday, 25 March 2010

My 1st Nuffnang Cheque~

Ok, finally aku buat satu post macam ni. Hahaha~

Tujuan aku cash out cheque ni, konon-kononnya nak tampung kos bf baruku. Kalau tak, nak simpan lg bagi juta-juta... Err... rupiah~ :P

Tapi disebabkan nafsu aku terhadap LX-3 membuak-buak sehingga tak dapat dibendung lagi. Terpaksa beli dulu tanpa tunggu duit Nuffnang. Hehehe~

Sebenarnya aku tersilap, aku pegi cash-out awal Januari. Memang la clear awal March. Kalau cash-out akhir Disember, boleh la juga dapat awal Februari. Sebab Nuffnang start proses cek ni start bulan seterusnya dan mengambil masa sebulan untuk proses. Errr...faham ke explanation aku ni? Huhuhu~

So, cek ni sampai last 2 weeks tapi aku hanya deposit laswik sebab baru balik kampung laswik.



Siap ada <3 kat tepi nama tu sebab Nuffnang sayang aku~ Err... or semua cek memang ada love kat tepi nama? Huhuh~

Yeay~ Cuaca pon best~ Rasanya nak simpan kot duit ni. Sebab dah habis wang simpangan belanjakan untuk BF plus dah kembali menganggur. Tapi kalau nak belanja makan cendol boleh kot.

zzzzzz


Thanks yang baca blog aku yang tak seberapa nih walaupun banyak mengarut je~ Sila datang lagi~

Tips? layak ke bagi tips? Huhuh~

Monday, 22 March 2010

Aku Seperti Nyawa-nyawa Ikan~

Aku rasa seperti orang yang pecah amanah bila seekor ikan lumut kepunyaan makcik yang aku tumpang rumah kat Bukit Jalil ni menemui ajal Jumaat lalu.Semua sebab Khamis tu aku sangat tak keruan, tekanan perasaan, emo. Sampai je rumah terus tidur, sampai terlupa makan dan bagi makan ikan. Pagi Jumaat tu aku tengok, ikan lumut tu dah mati terapung sambil matanya terbuka. Sangat tragis kematiannya. T_T

Aku rasa sangat bersalah akan kematian ikan tu tambahan pula makcik sekeluarga tak pernah lagi telefon aku sepemergian mereka sekeluarga ke Tanah Suci Mekah. Aku dah terai kol dia banyak kali sejak Sabtu minggu lepas tapi tak berjawab.

Yang menjadi isu apabila aku yang tak berpengalaman langsung dalam bidang akuarium ni terpinga-pinga macam mana nak tukar air dalam akuarium. Sedang aku terhegeh-hegeh tanya sana-sini pasal anti-klorin la apa, seekor lagi ikan spesis puyu mati. T_T sangat malang.


Jadi semalam, walaupun bermula juga dengan malang; aku demam selasema, contact lens jatuh dalam lubang sinki, tak dapat pergi Hot Air Balloon Fiesta, aku nekad dan gagahkan diri juga pergi Chow Kit untuk cari pengganti ikan-ikan tu. Kenapa Chow Kit? Sebab menurut sumber kakak aku, dia yang teman makcik aku pergi beli ikan-ikan tu kat Chow Kit.

Tak dapat shooting kat Hot Balloon, shooting kat kedai akuarium Chow Kit pun jadilah~ T_T
Yang sebenarnya aku baru tahu ikan tu spesis ikan puyu lepas tunjuk gambar kat aunty kedai akuarium. Aku memang noob~
Ikan lumut aka ikan DBKL - spesis yang ada kat kedai ni hanya bersaiz 1/7 daripada saiz sebenar ikan makcik yang dah mati. Huhuhuh T_T

Aku tanya aunty kat kedai tu yang ikan lumut ni kena bagi makan setiap hari ke? Aunty tu cakap ikan ni tak bagi makan pon takpa sebab dia makan lumut. -_-" Pastu aku cerita kisah kematian ikan lumutku, dia cakap sebab dah tua. Huhuhuh~

Antara spesis yang ada kat kedai tu:

Ikan kelah... kot kelisa

Thanks pada yang sayangtegur.


Ikan benjol ni mahal. Harga dia lebih RM300






Ikan patin - ada juga orang bela dalam akuarium. Yang aku tahu orang bela kat sangkar dalam Sungai Pahang je..


Sangat agresif ikan patin ni. Nak suruh pose pun asyik meliuk-liuk je.






Amik kau. Punyalah kempunan nak pergi date ngan LX-3 kat Hot Air Balloon tak dapat, date kat kedai akuarium pon jadilah.



Mission Accomplish~


Anti-chlorine pon aku beli demi menukar air akuarium tanpa rasa was-was dan serba-salah. :D


Harap ikan-ikan ni dapat berkenal-kenalan dan serasi sesama sendiri di tempat yang baru.


Aku terpaksa pulang ke kampung untuk 2 hari. Tapi aku pun dah memaksa kakak untuk tidur kat rumah makcik tu supaya ikan-ikan tu tak skip meal setiap hari. Tak nak pisang berbuah dua kali. T_T


Jangan gocoh-gocoh ye.

p/s : gambar terpaksa diresize sebanyak 50% sebab lama sangat nak upload. Huhuhuh~

Thursday, 11 March 2010

Am I Ayu? or Ugly?

Alkisah pada suatu petang di sebuah kondominium pinggir ibukota;

Hanis : Adik~ Happy Belated Birthday~ Adik nak hadiah tak?

Tasha : Nak2.... Sayang Kakteh sangat. *hug*hug*

Hanis : Tapi sebelum tu adik kena janji... adik mesti jadi gooo...

Tasha : Goood girl~

Hanis : Adik mesti dengar cakap ibu, ayy..

Tasha : Ayah, kakak, Cik Ain semua...

Hanis : Pandai adik~ Lagi2... Adik tak boleh 'berlatih' taekwondo dengan Cik Ain kat rumah tau. Adik berlatih taekwondo kat kelas taekwondo je. Kesian Cik Ain adik kick, punch dia selalu. Sakit tau. Adik kena hug selalu Cik Ain. Adik tak boleh ganas-ganas kat rumah. Adik kena jadi aaa...

Tasha : Aaaa UGLYy...

Hanis : T_T eh adik bukan ugly. Jangan jadi ugly. Adik kena jadi AYUuu.

Tasha : Ayu tu apa?

Hanis : Ayu tu lemah-lembut, sopan santun la...

Tasha : Ooooh~ Okey. Faham-faham. Adik akan jadi UGYU.

Hanis : -_-" Err.. yela adik. Nah hadiah~ Jangan rendam dia dalam air tau. Nanti dia lemas... Huhuh

Tasha : Yeay~
Tasha~

Tasha in taekwando attire


Tasha & Kakteh

Tasha & Kakak


Tasha's birthday present terselamat dari lemas sebab tak direndam bersama-sama ikan dalam akuarium tapi tak terselamat dari renjisan air susu dan air liur basi.

Thursday, 4 March 2010

Sara Thai Kitchen

Ini ialah post berkempen. Bukan sahaja nak promosi restoran ini tapi lebih kepada promosi poll di sebelah ni yang aku rasa sambutan kepada pilihan jawapan makan-makan sangat hambar. Aku harap dengan usaha ini dapat menyerlahkan lagi bakat sebagai penreview makanan yang boleh tahan. Bercita-cita untuk menjadi Food Review Blogger. Aku berusaha dan tidak berputus asa. :P

Ok, let's start.

Sara Thai chicken Kitchen has 3 branches which are at Jalan Gambut, Jalan Teluk Sisek and another one Jalan... not sure what jalan it is. But in front of Berjaya Megamall.

I went to Sara Thai Kitchen Jalan Gambut where is opposite to Grand Continental Hotel. Kami sekeluarga selalu makan di Jalan Gambut ni sebab restorannya lebih besar dan ada dua ruang iaitu ruang terbuka dan tertutup (air-condition).



Mum's - Makaroni Pad Kimau

Pad Kimau ni kelainanannya, dimasak dengan daun selasih. Selain makaroni Pad Kimau, ada juga option lain macam nasi, bihun, kuey tiau Pad Kimau.

Kerabu Kangkang Thod Krod
Basically, kangkung tu dia celup tepung. Then, gaul-gaul macam kerabu.

Mine- Nasi Nam Prik Pau
Bukan Nasi Paprik ye. Nasi Paprik kat sini kuah dia warna putih. Biasa aku makan Paprik Seafood. Tapi hari tu saja-saja nak try menu lain.
Kolestrol tinggi? Sangat tak jadi nak diet pantang seafood bila dah sampai sini kot. Tibai je semua.

Harga dia ok la. Macam Nasi Namprik Pau ni RM 6.00. Makaroni tu RM 5.00. Not bad la kan.

Apa yang aku suka kat restoran ni, banyak menu dia yang tak ada di restoran ala thai yang biasa. Untuk yang suka mencuba sesuatu yang baru, sangat recommended datang ke sini. Amacam, ada beran?

Since kitorang datang berdua je, itu je la yang kitorang makan.

Thanks sugar mummy sebab selalu sponsor. Heheheh~

Sara Thai ni kalau pergi waktu holiday biasa full house la. Buka puasa lagi la. Ni nasib baik kitorang pergi petang. Ye la kejadah apa orang lain high tea je mana nak makan thai cuisine. Huhuh

Ok, aku dah berusaha sedaya upaya. Sila vote.


Lapar~

Tuesday, 2 March 2010

Let Me Introduce You My New Boyfriend dondake

Hari ku indah... Dua hati kan bersatu... ececece~

Kalau dulu, I was proud to graduate from univ as a single. But now I am proudly announce that i graduated from being a single. zzzzz

Aku tahu ramai yang anggap kau hanya seperti gigolo toy untuk dipermainkan. Tapi aku lain, aku anggap kau sangat istimewa.

You'll always be close to my chest heart forever... maybe...

di kala siang

dan malam

belajar
bermain

menikmati keindahan flora

dan fauna
membeli belah
mencuci kereta... i mean, menonton sexy car wash

aku dan BF-3 LX-3 akan tetap bersama


Kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing...

Memahami segala pros dan cons...

Doakan kami cepat serasi. Jodoh berpanjangan dan bahagia hingga ke anak cucu...

Amiin~

Waktu bercinta memang indah~