Monday, 31 May 2010

Kerana Mereka Ku Anggap Kawan

Setelah 6 tahun berlalu, kami batch Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan SPM 2004 merancang dan mengambil keputusan untuk mengadakan sebuah reunion secara besar-besaran di pantai Balok pada 28 dan 29 May 2010. Pada mulanya sambutan yang diterima agak sepoi-sepoi bahasa terutama dari kaum perempuan. Mula-mula yang confirm hadir, 6 orang je perempuan. Tapi malam tu tak disangka-sangka ramai pulak. Begitu juga lelaki, mungkin dalam sekali ganda yang di jangka.

Basically sangat seronok reunion tersebut. Maklumlah dah lama sangat tak jumpa. Kebanyakkannya menampakkan perubahan ketara terutamanya fizikal lah. Hehehe. Tapi perangai, gaya semua tak berubah. Bila berborak rasa macam baru minggu lepas habis SPM. Terasa seperti kembali ke zaman sekolah. Itulah orang cakap, zaman persekolahanlah paling seronok. Memang tak sama dengan zaman kolej dan kerja.

Taknak membebel panjang, kerana entri ini akan menjadi sangat panjang tanpa bebelan sekali pun.

Lebih baik layan laporan bergambar Reunion ShahPekan SPM04 2010:



Aku menawarkan Munirah perkhidmatan prebet sapu. Dia naik bas dari Muadzam ke Kuantan. Plan nak sampai pukul 2. Tapi dia tersampai awal. Tapi aku still ambil dia pukul 2 sebab aku jenis yang menepati janji. :P

Reunion kecil; berkumpul di East Cost Mall, Kuantan dengan Husna dan Najibah.


di restoran X sebab Najibah dah masuk angin sampai ke kepala katanya.


Dah isi perut, nak kena buang pula. Bukan sengaja nak bergambar  kat sini. Tapi dah jadi macam tempat wajib plak nk bergambar  kalau reu kat ECM.

Lepas siap sesi bergambar  dan membeli-belah apa yang patut kami bertolak ke destinasi Balok Seaview Resort.


Sesampai di pantai Balok, kami tidak lagi membuang masa tapi meneruskan lagi aktiviti bergambar  setelah aku kempunan bercanda di tepi pantai secara berkumpulan.





Dunia in ana yang punya... Hahahah~


Berusaha untuk tinggi~


Terapung okey~

Vouge gila Munirah lompat, macam ANTM. Aku macam ..... cacat





Dah siap bermain-main, basuh kaki, kerja time~


Una bertugas sebagai tukang potong tembikai


Dan aku, tukang rasa tembikai. Memang cocok.




Dari petang diorang ni ber'bbq' ayam.


Aku tak berapa nak caya sangat diorang ni.



Tengok la ape diorang buat. Memang tak boleh caya. Ekekeke~



See hasilnya. Lol



So, aku pula yang bertugas setelah mengambil kira apa yang berlaku tadi. Okay tipu, ni semua ni posing je.


Dah siap gotong-royong masak memasak, kitorang pindah angkut semua makanan ke bilik karaoke yang beraircond.


Antara bekas pelajar lelaki yang datang.

Aku try sebut sorang2; Fendi, Cibi, Hariz, Sam, Anaz, Sapok, Amri, Lokman, Mamok, Jaa, Idin, Iwan, Farhan, Shafie, Syukri Jalal, Nasri, Soot, Taufik, Hassan. Yang takde dalam gambar, Shahrul, Bob, Zico, Imam. sorang tersorok tak dapat dikenal pasti. Huhuhuh~


Aktiviti dimulakan dengan ucapan Ketua Projek yang merangkap anak saudara Ketua Kampung Sentosa, Mohd Firdaus Abdul Rahman aka Imam. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.


Wakil dari peserta wanita - Najibah Termizi
Quote paling mahal, "ada siapa-siapa nak cakap ke?"
Kelas Cikgu Najibah



Seterusnya sesi melantak.






Sambil makan, mereka menghiburkan sesama sendiri.


Aku tak sangka batch aku ni ramai juga bakat terpendam. Kenapa tak di cungkil dari zaman sekolah, kalau tak nasyid sekolah boleh sampai peringkat antarabangsa kot.
zzzzzzzz



Next, aktiviti bergambar .



Emy, Ain, Munirah, Ada



Nat, Munirah, Ada, Husna, Angreni




Dayah, Emi, Angreni, Adik Angreni, Mira, Hajar


Aini Syuhada, Munirah, Nat, Ada, Husna, Me, Ain, Dayah, Emi, Hajar Naim



Aktiviti seterusnya


bergosip bercerita


bergosip bercerita


bergosip lagi bercerita lagi



Termasuk dalam pakej ialah t-shirt rasmi. Terlupa nak amik gambar belakang t-shirtnya. Somehow t-shirt aku ada tulis 'chief' mungkin kerana aku bertindak sebagai ajk air. Huhuhuh~



Dan bila tiba tengah malam kami pun tidur.

Okay tipu, lepas tamat tempoh sewa bilik karaoke tu pukul 12.30am, kitorang sambung lagi bergosip bercerita dekat tepi kolam di temani cahaya rembulan. Mungkin sejam lepas tu kitorang masuk bilik dan bersiap nak tidur. Tapi tak kot, sebab sambung lagi bergosip bercerita. Tiba aku rasa nak intai ke luar bilik, nampak Imam sorang-sorang kemas dan kutip sampah, so rasa kesian dan aku, Munirah, Una keluar la tolong. Disebabkan kami cekap, kerja-kerja tersebut siap dalam lebih kurang 5 minit. Tapi tak tamat di situ sebab kitorang drag sekali Imam dan Syukri bergosip bercerita lagi sampai pukul 4.30am. Adeh... Balasannya kerana kuat bergosip bercerita suara aku dah jadi rock sekarang. Huhuhuh~


Haih, itula da tak berjumpa 6 tahun macam-macam benda nak diborakkan. Satu persatu nak dikupas.


Kesimpulan yang dapat aku buat, Reunion kali ini terbaik. Tahniah kepada organizer yang sangat banyak berkorban dan bertungkus-lumus untuk reunion ni. Harapnya gathering macam ni boleh diadakan lagi. Aku akan sentiasa support 100%. Aku juga berharap, ramai lagi kawan-kawan yang boleh hadir. Lagi ramai lagi seronok.

Nak balik semula ke zaman tu tak boleh. Kejayaan mahupun kesilapan semuanya tinggal nostalgia. Jatuh bangun di ShahPekan ialah kenangan manis tak dapat dilupakan. Tapi kita masih mampu merasakan kemanisan itu kerana persahabatan kita tetap kekal...

Ecececece~

"Friendship... is not something you learn in school. But if you heven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything."

"A true friend never gets in your way unless you happen to be going down."

"Friendship is a single soul dwelling in two bodies."


Some meaningful quotes yang ada dekat Tshirt rasmi reunion. So nice~


*Gambar laporan penuh akan diupload di Facebook asap.

Thursday, 27 May 2010

Buang Karan je...

Sedar tak sedar dah lebih sebulan aku bekerja means lebih sebulan juga aku menumpang rumah makcik aku kat Bukit Jalil ni. Eh, lebih kot sebulan sebab masa training kat SIRIM dulu pon duduk sini. Huhuhu...

Tapi, aku rasa agak bersalah la. Tak tahu la sebab aku ke sebab sape. Tapinya, bil elektrik rumah ni naik dekat RM100 daripada bulan lepas. Aku memula tengok bil tu ingatkan tertunggak dah setengah tahun, rupanya untuk sebulan. Sama dengan sewa sebuah rumah teres 2 tingkat kaedahnya. Terkezut juga aku.

Mana taknya kalau duduk kat Kampung Sentosa tu, bil kat rumah kalau mencecah RM100 tu pun dah rasa banyak gila. Itu pun kalau abang ada kat rumah, sebab dia sorang je yang guna air-cond kat rumah tu.

Kat rumah makcik ni, setiap bilik nak ada aircond, tak masuk lagi ruang tamu. Aku yang kekampungan tak biasa aircond ni pun terpaksa bersejuk beku sebab tidur sebilik dengan Ain. Tak termasuk lagi alat-alat elektrik yang lain; peti ais, dryer, mesin basuh, alat pemanas air dan macam-macam lagi. T_T

Semestinya aku tidak duduk diam. Aku lakukan sedikit research supaya penjimatan elektrik dapat dilakukan. Kali ini usaha aku bukan sahaja bertanyakan kepada Encik Google, aku juga menonton drama Ohitorisama lakonan Koike Teppei dari episod 1 hingga 10(finale) kerana terdapat juga tips menjimatkan elektrik.



Walaupun ada 1 scene je, itu pun episod 4 je, nak juga tengok marathon sampai 10 episod. huhuh~

Antara tips-tips penjimatan elektrik di rumah termasuklah;

1- Instead of using socket adapter seperti ini

yang membenarkan arus elektrik secara siri.

Gunakan extension socket seperti ini

supaya membenarkan arus selari. So, kalau alat elektrik yang tak guna tu tak perlu la kita 'on'kan sekali.

2- Peralatan elektrik yang kita tak gunakan setiap masa seperti aircond, tv, dikoder astro, radio, computer, periuk nasi automatik dan sebagainya, di dibiar dalam mode stand-by setiap masa.



3- Gantikan coffee maker atau electrical thermo pot




dengan thermos jug yang juga boleh mengekalkan suhu air dengan lama.


4. Ini aku selalu buat. Kumpulkan pakaian untuk laundry. Bukan sahaja jimat elektrik, tapi juga air, sabun dan tenaga fizikal. Heheheh~


5. Tinggikan sedikit suhu aircond daripada kebiasaan.



6. Gantikan aircond dengan humidifier (yang ni tak boleh kot nak apply, tak kan aku nak buat sesuka hati kat rumah orang.)



7. Nak penjimatan drastik, gunakan tenaga alternatif:


Usaha Ain untuk menjimatkan elektrik untuk orang-orang tak reti bahasa macam aku kot

good~

Okay-okay, malas nak tulis panjang-panjang dah. Jimat letrik kot. Korang la pula sambung kalau ada tips yang boleh ditambah lagi.

zzzzz


*mak pernah menyuarakan permintaan nak dryer. Penat jemur kain kaedahnya. Tapi, dua minggu lepas, ayah dah pun belikan ampaikan baru. Merasa tak adalah penat sangat jemur kain kat ampaian yang sama je. Ekekeke~

Monday, 24 May 2010

Adakah Aku Juga Mempunyai Simtom Virus Demam Yang Merbahayai Ini?

Sunday, 23rd May, 2pm.

Sambil aku membelek-belek surat khabar hari minggu. Bukan kerana aku baru bangun tidur, tapi kerana ayah baru balik ke rumah dan bawa surat khabar sekali. (berusaha defend diri sendiri)


Ain : Kakteh, siapa juara semalam?

Me : (dengan slumber) Inter


Ain : Kakteehhh!! Siapa juara final semalaamm?? Ain tidur awal semalam.

Me : (sambil merenung tepat ke mata
Ain) Inter Milan!!!


Ain : Kakteehhh~ Siapa juara AF Final semalam????

Me : (sambil tersengeh menampakkan 8 batang gigi) Hehehe. Shahir...





Shahir Lambert
Juara Akademi Fantasia musim ke-8


VS



Inter Milan
Juara Liga Juara-juara Eropah 2010



Tak mau~ Tak mau~ Aku tak nak berjangkit... Aku lebih rela layan konsert Akademi Fantasia (walaupun dah habis) daripada berjangkit dengan demam bola.

Pergi... Pergi...

Cancel.. Cancel... Go Away... Shuh...Shuh...

Friday, 21 May 2010

Reasons Why Men Love Soccer

Musykil dengan lelaki yang fanatik or buat-buat fanatik sangat dengan bola. Bagi aku ia membosankan. Aku telah pun cuba bertanyakan kepada Encik Google tentang hal ini supaya aku tidak lagi tertanya-tanya apabila melihat umat-umat yang asyik bercakap, berdebat tentang bola sepak pada Piala Dunia akan datang.

and here are some of my findings about soccer :

1) It's interesting
2) Challenging
3) Exciting
4) Easy to play but need skills


Tapi aku still, "Hah, apa tu?" Setakat macam tu, tengok apa-apa sukan pun sama.

Menonton perlawanan bola sepak tak ubah seperti menonton konsert. Bersorak bila melihat bintang kesayangan buat aksi-aksi menarik. sama la kot kalau aku tengok ikemen-ikemen buat aksi cute spontan Exciting gitu.

Teruja, sedih, bila ada drama-drama dalam bola sepak seperti tanduk-menanduk selepas di'propa', buat-buat sakit muka padahal bola kena kat lutut, kaki tersadung sikit je tapi bergolek lebih-lebih, aaa macam-macam lagi la.



Layan gosip pun best juga; berpoya-poya dengan anak jutawan bila dapat contract termahal, kes mabuk pukul memukul, kes kawin lari(eh ini untuk bola sepak tempatan je).




Main futsal pula ibarat macam karaoke? Merasa syok sendiri nyanyi sebab kalau masuk rancangan realiti memang tak ke mana. Okay-okay, main futsal untuk excercise yer.... While karaoke exercise tekak.

Aku percaya ada juga orang yang buat-buat minat bola sepak nih walaupun diorang sendiri tak tahu sebab diorang suka semata-mata nak seiring dengan orang lain dan boleh la join sekaki bila bercerita di kedai kopi, ofis, forum, facebook, twitter bagai.

Aku sebenarnya bukan la tak suka atau anti dengan bola sepak atau peminat bola sepak. Malah aku sangat sokong 100%. Teruskanlah menyokong arena bola sepak tak kisah antarabangsa atau tempatan kerana orang-orang seperti anda lah yang akan terus menambahkan pendapatan usahawan seperti



Industri Cupcake



Industri jersi replika


Industri mengait skaf


tak ketinggalan syarikat penerbangan

dan banyak lagi lah yang menjadikan perihal bola sepak sebagai sumber rezeki.


Dan macam aku sendiri mempunyai favorite soccer players. Siapa?


Lionel Messi?
Nope



Cristiano Ronaldo?
Nope


Wayne Rooney?
Nope


Kaka?
Also nope...

Tapi sudah tentu aku lebih senang memilih ikemens seperti:

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hiro Mizushima
Seorang kamen rider yang pernah bermain bola sepak sampai peringkat nasional Jepun.
Beliau bukan seorang gay kerana telah pun berkahwin dengan penyanyi Jepun, Ayaka.


Fizo Omar
Merupakan bekas pemain bola sepak profesional. Pernah memenangi Liga Malaysia semasa mewakili pasukan Perlis. Juga pernah mewakili negara ke Piala Nike di Korea Selatan semasa berusia 16 tahun.


Aku tak kira, aku sayang juga 2 orang pemain bola sepak ni. Tak peduli apa orang kata!

And if these 2 players are still playing soccer, then girls should have more reasons to love soccer too. :P

zzzzzz

Okay la... this might be the true reason why men love soccer. Aku yakin pemain bola sepak tempatan juga boleh buat begini kalau di'CGI'kan


Why People Like Soccer - More bloopers are a click away