Tuesday, 4 January 2011

Irasshai 2011~

Yeah~ Instead of post 'Sayounara 2010' macam tahun-tahun lepas, kali ni buat Irasshai 2011 yang membawa maksud Selamat Datang 2011.

Cepatnya 2010 berlalu~ Tak cukup rasanya pahit manis yang dirasa.

Tapi kalau nak dirangkumkan, perkara paling utama sekali 2010 untuk mungkin boleh kata 'Employment'? Seperti pelajar Universiti yang tipikal, setelah 5 tahun habis belajar, aku juga sibuk mencari kerja supaya tidak menjadi mangsa pengangguran. Tapi aku sempat lagi membuang masa mengisi masa lapang dengan menyertai CAD & Design Simulation oleh SIRIM selama 3 bulan. Walaupun setakat ni tak berguna pon ilmu-ilmu tersebut dalam pekerjaan. Well, ilmu yang belajar dekat universiti pun adalah dalam 10% je kot guna. Hahaha~

Then, lepas training barulah aku bersusah-payah menghantar resume & pergi interview seme. Ye, aku mengaku aku mengalami banyak dugaan juga semasa memburu kerja. Rasanya lebih 10 interview yang aku pergi. Kadang-kadang ada yang beberapa hari berturut-turut aku berulang dari Maran, Pahang - Kuala Lumpur. Belum dengan pengalaman masa interview yang pelik-pelik. Pergi interview kat Kilang yang banyak haiwan pengawal, interviewer yang pervert & macam-macamlah.

Genap sebulan menganggur dan mengalami berbagai onak & duri memburu kerja, akhirnya ada juga pekerjaan yang sesuai dengan aku. Alhamdulillah... Ada hikmah di sebalik dugaan-dugaan tersebut. Setakat ni pekerjaan aku best. Walaupun kadang-kadang ada menda yang kelakar, tapi aku anggap ia sebagai warna kehidupan. :P

Then, apa lagi. Tahun 2010 boleh kata, tahun aku banyak habiskan masa dengan famili. Dekat KL, aku duk ngan famili Makcik aku aka mak Tasha. While every weekend pulak aku mesti balik kampung. Tapi still, tahun ni berjaya menyertai reunion sekolah SHAHPEKAN sebanyak 2 kali; 1st kat Balok + perkahwinan 1st schoolmate yang kahwin, Eyfa & 2nd, iftar dekat R&R Awan Besar. Rakan-rakan seuniversiti tak jumpa sangat. Paling-paling pun jumpa time Convocation. Selain beraya di rumah terbuka Dayah & beraya di Mid Valley bersama Saa.

Ermmm... Love? Yeah~ Boyfriend baru~ Boleh masuk dalam kisah percintaan 2010 tak? Huhuh~

Itulah dapat aku simpulkan 2010 lalu.

Untuk 2011, aku mengharapkan dikurniakan kekuatan fizikal & mental menempuh dugaan, drama & emosi. Seiring dengan peningkatan usia iaitu 2 kali pusingan zodiak, aku ingin menjadi lebih fokus & serius.

Serius Bekerja. Serius Bermain. Serius Bercinta. Ececece....

Mahu lebih banyak soul&spirit dalam setiap apa yang aku lakukan~

Ah~ Sangat tak sabar tahun ni. Banyak dah perkara yang dirancang. Tapi kebanyakannya serius bermain. Huhuh~

Happy 2011, Everyone~

6 comments:

  1. Serius Bekerja. Serius Bermain. Serius Bercinta. Ececece....

    LOL...yg ni aku gelak. kah3

    calon da ade hanis...majlisnye bile lagi???

    ReplyDelete
  2. Itulah... Aku juga seriously berharap calon tersebut juga serius nak pinang aku tahun ni. :P

    ekekeke~

    ReplyDelete
  3. happy new year hanis =)
    * cepat cepat.tak saba nak pegi makan nasi minyak dekat maran nih :D

    ReplyDelete
  4. @♥ nana i am ♥

    selamat ulang tahun juga~

    kena dahulukan yang lebih tua. :P

    ReplyDelete
  5. eh eh, kakak dah kawen kan.hehehe~ so, ur turn =)

    ReplyDelete
  6. @♥ nana i am ♥
    eh, salah la. sbenanye nk ckp selamat tahun baru. g tulis ulang tahun lak. ulang tahun tu org lain. hahaha~

    ada abang no-2 lg...

    ReplyDelete