Wednesday, 12 January 2011

Oh, Ada Rupa-rupanya Sambutan Hari Jadi~ ^o^

Yeah, kali terakhir aku meniup lilin kek hari jadi ialah pada ulang tahun ke-17, sweet 17 gitu dekat sekolah asrama. Hahaha~ Ye la, memang nasib orang lahir awal-awal tahun, biasanya cuti semester tak habis lagi. So memang tak pernah pun celebrate birthday dengan rakan seuniversiti. Kat rumah pulak, jujur aku tak pernah ada kek hari jadi sejak lahir, jauh sekali menjemput rakan-rakan jiran meraikan bersama berbeza dengan adik beradik yang lain. Maaa... Since aku lahir awal bulan 1 & konon2 matang, so aku tak pernah kisah & tak terasa hati, sangat. Cukuplah at least orang tersayang di sekeliling aku yang ingat. Kalau tak ingat lagi tak tahu lah, sebab aku dah buat reminder dekat setiap henfon diorang... Hehehe~

Tapi, tak sangka selepas 7 tahun berlalu aku dapat tiup lilin semula.

Sampai je rumah, dah ada kek atas meja. Adehlah.. Napelah Tasha & Family ni sweet sangat. Boleh tak korang bayangkan betapa aku terharu padahal aku selalu rasa aku menyusahkan mereka sebab menumpang free kat situ dekat setahun kot. Tak cukup dengan tu, diorang sangat considerate celebrate hari ni sebab diorang ingat aku akan celebrate dengan orang tersayang dekat luar malam semalam, so postpone hari ni. Padahal, takde orang ajak aku keluar pun pada malam hari jadi. T_T zzzzzz~


The cake~

Fuu~

The girls~
Mak Tasha aka Tokta, Nabila, Me, Tasha, Ain

Sesi suap menyuap

Nyummy~

Sesi suap menyuap bukan penamat sebab lepas tu, pergi makan kat Johnny's pulak... Aih





Kejutan berganda-ganda bila Tasha bagi hadiah paling comel & special.

Kalau semalam aku dapat hadiah BONUS daripada bos, tapi hari ni aku dapat tabung daripada Tasha. Nice follow~
Tasha cakap tabung tu hadiah untuk aku, tapi duit dalam tabung tu nanti dia punya. Siap see through lagi tu sebab senang nak tengok berapa dah duit dia.

Idea paling genius pernah aku dengar daripada seorang kanak-kanak mata duitan. Ekekeke~ Cute gile..



*Atas apa yang terjadi, aku hanya mampu terharu dan bersyukur dimurahkan rezeki. Aku berusaha membalas segala jasa dengan memenuhkan tabung tersebut. :P


Alhamdulillah~

2 comments:

  1. sweeetttttt sangat.balik balik keje ade surprise untuk kita kan.keseronokan berganda ganda~ ^_^
    tasha makin comel rambut pendek.eh wait, saya nampak si comel bertambah comel dengan double chin nya :D

    ReplyDelete
  2. @♥ nana i am ♥

    sangat terkujat..hahah

    haruslah double chin kalau lepas melantak kek melantak jonis lagi. :P

    ReplyDelete