Friday, 11 March 2011

Winter Vacation : Seoul - Day 3

Aih, terpaksa travelog aku jadi macam berbulan2. Walhal sekarang dah masuk Spring dah pun. Huhuh~

Semua gara-gara kegersangan tak ada talian internet kat rumah. Bosan. Seperti mana orang yang masuk blog aku tapi tak update, seperti itulah kehidupan aku yang bosan. Lebih tertekan bila tak boleh tengok PV baru Yamapi feat Namie Amuro. Argh... Tak boleh terima...

Ok, kembali kepada hari-hari jakun sedunia. Hari paling excited; pergi theme park, LOTTE WORLD. Yeay~

Kalau ikut plan mula-mula beberapa bulan sebelum berangkat, kitorang plan nak pergi Lotte World. Lepas tu rajin la pulak buat-buat research kat forum segala, ada pulak orang cakap Lotte World tu lagi kecil dari Genting Theme Park. Pergh macam tak percaya. Takkanlah Korea lagi kuno dari Malaysia. Tak mungkin.... Tapi atas keyakinan yang diberikan oleh tourist guide kami yang berwibawa, Sarini, kami sampai juga ke Lotte World.

Basically Lotte ni ialah satu empire perniagaan yang besar di Korea & Jepun. Di Korea saja, dah macam semua jenis perniagaan ada; Lotte World, Lotte Ria, Lotte Mart, Lotte Duty Free, macam-macam Lotte lagi lah. Tapi aku paling familiar dengan chewing gum Lotte yang iklan dia mesti ada Sato Takeru aka Kamen Rider Den-O yang menari terkinja-kinja tu, comel. :P

Kata bercuti, haruslah bersenang-lenang. Sampaikan pukul 11pagi baru kitorang keluar rumah. Hahaha~


Hari tu kurang sejuk daripada hari sebelumnya.


Tapi still sungai dia tak cair. -_-


Sebelum masuk Lotte World, wajiblah 'brunch' dulu. Kitorang tapau kat fast food Lotte; Lotte Ria. Haaaa... Lotte Ria ni aku boleh kata, konsep dia memang hampir sejibik plagiat McD. Tapi memang success. Jauh lebih popular daripada McD.


Tiket 1 day pass beharga 32 400won untuk seorang dewasa. Itu ialah harga selepas diskaun menggunakan kad ahli Lotte Sarini.  Kalau harga bukan ahli dalam 38 000 won gitu. Terima kasih, Sarini atas penjimatan~

Sebenarnya nak masuk Lotte World tak boleh bawa makanan luar, tapi since kitorang makhluk orang asing & makanan tu pun Lotte gak, diorang bagi je masuk.

Dayah menolak makan burger Lotte World demi sentiasa merasai suasana Korea, so beli tri-kimbab kat convenience store. Ekekeke~



Sebenarnya ada 1 je benda boleh makan kat Lotte Ria ni ; Burger Udang.


Sarini yang dah breakfast sebab keluar dulu sebab urusan bisnes killing the time snapping the ice ring.







Yeay~ Dah kenyang.


Baru boleh bermain-main




Ada juga live performance.


Hari itu sangat cemas menjerit sana-sini. Memang tak banyak bergambar sebenarnya.

Rides & Attraction dia adalah dalam 40 lebih jenis which kitorang rasa sangatlah mencabar dengan bersaing dengan kanak-kanak sekolah lagi. So, kamera memang simpan dalam beg aja kala detik-detik cemas.







Haruslah yang paling express diri ialah aku. Menjerit tak hingat. Habis keluar segala datuk nenek.




Seperti biasa, kalau nak naik rides tu mestilah beratur panjang. Sekali lagi budaya pelik orang korea teserlah macam yang aku ada mention sebelum ni iaitu suka menconteng dinding, palang-paling, lampu, siling, tv lcd, segala yang boleh dicontenglah. Dan biasanya diorang akan tulis macam nama-nama K-Pop idol. So, aku dapat simpulkan idol yang paling popular kat Lotte World ialah Big Bang.  Ok, kesimpulan aku tak boleh pakai sebab dalam banyak-banyak tu aku faham Big Bang je sebab tu je yang tulis roman. Yang lain seme tulis Hangul. Ekekeke~







Macam dah malam, ada konsert pulak kat indoor punya theme park tu. Mula-mula nampak ada 5 orang mamat tengah menari kat pentas dari jauh ni. Adalah dalam 200meter. Dayah dah ingat tu Shinee. Kitorang dok la lari-lari sebab takut habis performance diorang. Sekali bukan Shinee da, trainee je. Ekekeek~


Tapi ada la group yang boleh tahan, T-Blue. Yang kanan tu cute. :P

Baby : Omma, dah nantuk sangat ni.... Jom la balik..
Omma : Ala, omma nak tengok idol jap ni.. Tidurla dulu. Ni oppa T-Blue tolong lullaby kan...

zzzzzzzzz


Ok, pukul 7 malam kitorang dah pancit sebab terlalu banyak berjalan, berlari & menjerit termasuk menjerit oppa.. oppa... kat T-Blue .. Masalah lebih besar bila pemandu pelancong yang pancit dulu. Ekekeke~ Terpaksa perkena Latte kat Pub Cafe. Hahaha~ Pub tu... 



Apa boleh aku katakan, memang tipulah siapa yang cakap Lotte World lagi kecik dari Genting. Nasib baik keputusan yang bijak, ikut nasihat genius Sarini. Lotte World macam berpuluh kali ganda kot best. Memang fully recommended pergi Lotte World kalau pergi Korea.

Kitorang lucky sebenarnya cuaca hari tu sangat baik sebab semua ride boleh main. Biasanya kalau suhu terlalu rendah ada ride yang tutup, tak boleh main.


Sampai bertemu lagi di hari ke-4. Harapnya bukan bulan depan. Setahun baru habis kalau macam ni.

zzzzzz

7 comments:

  1. nice contect..i will go to korea around january...excited plak ble bce blog u ni..haha

    ReplyDelete
  2. @Anonymous

    Thanks~ Seronoknya dapat pergi Korea musim sejuk~

    ReplyDelete
  3. salam dik..nie akak nk gi korea nie next week...yg lotte world nie sesuai x pegi kalo bawak budak2 umur 3 tahun n 1 tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermm... pada pendapat saya depends la. Lotte world ni sama je macam theme park yg lain mcm Universal Studio or Legoland. Maksud saya permainan dewasa & kanak-kanak. Tapi seingat saya, lagi byk permainan dewasa sbb kebanyakan yang saya ride naik kena ukur ketinggian. Saya pun cukup2 je tinggi. huhuh~

      Delete
    2. owh..ye ke..seems like mcm kurang sesuai je ek..kwn adik yg sarini tu, boleh akak cntct dia x? emel ke..sbb akak g nie ikut husband g keje..n kalo gi jejalan pun kitorg sendiri2 je..dah la xde tourist guide nie..huhu..ingt nk tanya2 dgn org yg penah stay kat sana mcm mana condition sana..if dia x keberatan utk akak cntct dia, pls let me know ye, but kalo dia x selesa a stranger (walaupun akak nie ppuan jgk) cntct dia, it;s ok..akak paham..cuma cuak sket la nie sbb 18 nie flight ke sana..dah la bwk dua budak kecik nie ha..hehe..excited + worries (a lot of worries) sbnrnya..nway, nice blog..akak jadikan ur winter sonata travellog nie as my panduan utk ke sana nnt..=) tq..

      Delete
    3. Ramai juga kawan2 saya yg pergi backpack tak ada tourist guide juga. Insya Allah mudah je. Sebab map subway dia mudah je nak baca. Just ikut warna2 lane tu.
      Sarini cakap ramai juga yg contact dia lepas baca blog saya. Hehehe... Akak try je la contact dia. Dia punya fanpage https://www.facebook.com/Floribundabypastels
      Kalau akak tengok dekat belah kanan yang 'Recent post by others' tu ada personal fb nya. Boleh try la pm dia. :)
      Saya pun rindu Seoul..
      Happy holiday~

      Delete
  4. salam..hanis,sy nk tnya awk pegi korea tu bulan wape ye?

    ReplyDelete