Friday, 15 April 2011

Winter Vacation : Seoul - Day 4

Oh, dah dekat sebulan tak update. Bukan sengaja. Macam-macam benda berlaku. Antara sebab utama kenapa hampir sebulan hiatus ialah tak ada internet kat rumah. Lame.... Huhuh~ Ni pun update kat rumah Tasya sebab aku tetap jadi driver part time Tasya & kakaks bila ayah dia pergi outstation. Dapatlah kemudahan internet percuma. Lol. Apa yang berlaku selama sebulan, kita tunda je la cerita kat post lain. Sekarang nak langsaikan post tertunggak. Travelog winter yang dah nak summer dah pun. T_T.

Okey, teruskan dengan diari jakun sedunia di ibukota Korea Selatan.

Hari ke-4, kami nak santai sedikit sebab semalamnya dah melakukan aktiviti yang ekstrem. :P Belum campur lagi bila balik rumah malam semalamnya, dok layan k-pop lagi. Tapi kat tenet je la. Memang pagi tu bangun tak berapa nak pagi sangatlah.  Jadi aktiviti kami hari ini ialah field trip ke universiti tempat Sarini belajar iaitu Korea University. Yeay~ Konon-konon supaya berinspirasilah, bila dah besar nanti nak masuk universiti ni. Ececece... Bajet budak 14 tahun walaupun sebenarnya tambah 10. Ekekeke... Padahal, motif utama ialah nak usha oppa-oppa hensem kat situ. Tapi, Sarini cakap sekarang cuti semester, so mungkin tak ramai oppa hensem. Oppa nerd je la kot, ada kat univ study lagi. 

Ok, enjoy the pics~

Bukti keluar dari rumah, matahari dah terpacak.



Berasa Goo Jan Di, bila bergambar dengan Jihoo oppa & Jun Pyo oppa depan restoran porridge tempat Boys Over Flower shoot. Dekat bus stop kawasan rumah Sarini rupanya.

Menuju ke menara gading.

Yeay~ Dah Sampai Korea University~

Ini dia duta Malaysia di Universiti Korea


Jakun melihat keindahan & keunikan infrastruktur.


Enjoy the photo session





Mak Sarini, Sarini sihat di Korea. Itu sebenarnya yang aku nak sampaikan kat mak Sarini. Tapi tak ada effect kot sebab Sarini pun dah selamat dah graduate & pulang ke Malaysia sekarang ni. Lol.










Bersama tugu pengasas Korea University. Siapa? Boleh google kot. :P


Spot oppa boleh tahan ikemen. Ekekeke~


Dah puas bergambar dalam ais, nak panaskan badan kat indoor pulak. Ini ialah basement sebenarnya. Yang tempat kitorang jalan-jalan tadi kebanyakannya dekat underground tu ada bangunan. Err... boleh faham tak? Sila faham.

Spot Bahasa Malaysia. Errr.. Indon juga.



Library.

Ini macam discussion room. Best giler kot, kat dalam discussion room ada piano. Aish... 


Skodeng lecture room.

Selca di rest room adalah perkara normal.


Patutlah nampak basikal je kat kawasan outdoor universiti ni, rupanya kereta parking basement je.

Kedai buku

Oh, kitorang tak breakfast lagi. Breakfast kejadah apalah kan dah tengah hari.  So, tangkap je lah apa yang ada kat convenience store dia. Teringat Kopetro UTP. Hahaha


Kimbab Tuna.

Okay, dah kenyang. Kita teruskan perjuangan di luar.

Okay tak habis lagi sisa-sisa bergambar.
Next, Sarini bawa kitorang ke lorong berahi. Haaa... inilah di mana lorong yang selalu mengalih perhatian pelajar-pelajar daripada pergi ke kelas. Mana taknya, kalau dari kelas kat Fakulti Business nak ke Fakulti Engineering kena lalu sini dulu. Memang 50-50 lah kalau selamat sampai ke kelas pun.



Bermain di salah sebuah kedai. Kalau pakai glove ni, sejuk lagi memang tak tau nak cakap apa. Hehhehe~


Motif utama ke lorong berahi ni ialah;


Makan lagi. Ekekeke~


Tteokbokki - Spicy rice cake & prawn tempura.

Oden - Fish Cake Steamboat.

Tteokbokki & Oden ni streetfood yang popular kat Korea. Kalau kat Malaysia tahap populariti dia macam keropok & goreng pisang lah kot.

Mariam


Sarini & Me

Dayah


Dah agak-agak kenyang, kitorang pun nak balik lah. Tapi memang tak lagi, sebab dekat kawasan berhampiran rumah Sarini, ada lagi lorong yang lagi berahi. Rolf. Terpaksa pergi usha.




Yang kat sini usha je. Betul...

Yang kat sini, ada tangkapan. Tengok tu Dayah Sachou, dengan beg plastiknya.

Erm... Aku... Usha je.. Ececece

Next, kitorang masuk kedai nama dia Artbox. Kedai ni jual barang-barang yang sangat kiut macam notebooks & stationaries. Sampai kitorang sangat rambang mata memang tak sempat nak snap. Sempat snap Dayah & candies.



Next, rehatkan minda & kaki di restoran yang sangat kiut sekali lagi. Restoran ni sangat-sangat sweet & romantik. Yang lepak kat sini hanyalah remaja perempuan & couples. Walaupun ini ialah restoran ice cream, still ramai juga orang pergi time winter.  Tegar....






Parfait?

Smoothie flavor apa tak ingat dah.






Okey, dah licin eskrem semer, boleh balik lah kot.




Eh... tak lagi. Terjumpa pulak gerai ahjushi yang cekap membuat takoyaki. Kyaa~


Ini bukan free live performance. So, pasti terliur dan tapau 1 kotak. :P


Oh, hari itu sangat bersenang -lenang... Kitorang balik rumah agak awal daripada biasanya sebab nak siapkan makanan nak picnic esoknya. Yeay~



Harapnya, full report Day 5 bukan bulan depan. T_T

17 comments:

  1. hai..best la bace tp nape pendek sgt..x puas la...day 5 nant wat pjg2 ek...baru syok bace...-khaty ;)

    ReplyDelete
  2. kat mane kdai makan tu ek....tringin nak mkn spicy rice cake..kdai baju n kasut tu murah2 ker..katne..-katy;)

    ReplyDelete
  3. @Anonymous

    katy~ tu la pasal. yg day 5 nye alahai malasnye nk update. xpe2 pasni ade demand semangat sket. hehe~

    shopping bes giler.. especially kt myongdong. sgt heaven. zara , h&m sangat murah giler2.. macam 6000 won boleh dpt seluar, 9000 boleh dpt baju.. ah.. mmg bes lah. ptt pergi 3,4 hari ke myongdong. ekekeke~

    kasut xtgk sgt ritu. sbb seme winter boot, so cam x relevan sgt nk pkai kt mesia. skang byk kot kasut cantik sbb da nk summer kn. hehehe~ fighting~

    ReplyDelete
  4. Annyeonghaseyo :) nak tanya , boleh ? kalau nak pergi seoul , duit nak kene bajet berapa ye? selain kota fesyen myeong-dong , tempat2 lain best tak? dan hotel paling murah(standard)kat myeong-dong berapa harganya?(susah nak faham won korea) :P. kalau bwa rm 9000 , lebih pada cukup kan? (bajet2 je duit nak kesana). sebelum pergi korea , awak habiskan keperluan brg2 untuk diri sendiri , berapa ye? contoh , kasut , winter coat and etc etc~ please answer my quest. TQ.

    ReplyDelete
  5. @Anonymous

    awak, 9k utk sorang ke? klo utk sorang cukup utk dok korea sebulan kot. huhuh

    sy xtau hotel kt korea sbb stay umah member. tapi ade member lain yg dok hotel. diorg tdo kt backpacker's hostel camtu. klo nk budget boleh kot dok hostel.

    barang2 yang saya beli as preparation boleh refer kat http://www.norhanis.com/2011/01/winter-vacation-seoul-preparation.html
    Tapi boot better beli kat sana sebab murah2 giler dlm rm30 je. klo beli kt sini mau rm200. huhuh. dari sini pakai sneakers pon da ok.

    ReplyDelete
  6. tehee , utk sorang je ^^y. itu untuk bajet sampai sana. prepare ala-2 kadar. sebelum sampai sana memang dah kene beli dulu boots tu. first nak pergi memang dah fikir mcm tu , maksud saya beli serba satu utk pakaian winter pastu dah arrive kat sana baru tambah-2 jacket n dll. thanks for replied ye , haha ~ lambat jugak response awak =P. jenuh saya menunggu. --".

    ReplyDelete
  7. @Hana

    oh,mst la beli dr sini jugak pakaian tu.klo x,beku smpai airport nnt.kt sana sgt murah nak shopping.so,kt mesia ni jgn la beli yg mahal2 sgt.nnt menyesal sbb kt korea jauh lebey murah & trendy.ececece~

    btw sori lmbt reply.mmg bz sket skang~

    ReplyDelete
  8. Best la baca blog u ni. very useful. gambar korang pun cantik2! i mite need it for our trip to seoul in feb.. winter gak.. any tips tak? :)

    ReplyDelete
  9. @Haizura

    wah~ ramai juga nk pergi korea feb ni.

    ermm tips apa ek? gambar ke? ermm kalo gambar, tak ada apa tips sgt. Kiotrang snap je banyak2. Setiap sorang ada kamera. Tu yang ada macam2 view. Saya & Yam guna Lumix lens Leica. Sarini guna kamera Leica. Leica memang besh~

    kalau tips lain.. apa ek..
    pakaian la yang penting. Mesti full coverage. Stokin tebal & kasut yang sesuai. glove & muffler adalah wajib. Yang penting heat pack kena sentiasa pegang. Takut boleh jatuh sakit kalau tak full coverage.

    Lagi, makan, kitorang just makan vege & seafood. Tapi still nak kena tanya "gogi oebseo" maksud dia ada daging tak dalam ni.

    Apa lagi ek?

    ReplyDelete
  10. adik yg comel, skali lagi nk tumpang tanya, apa nama kedai eskrem di atas? kat mana lokasi? akak teringin nk pegi..thanx

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori tak ingat nama kedai tu apa.tp dia kt lorong dekat ngn Sungshin Women's University jugak. kedai tu 2nd floor. sori tak membantu sgt.huhuh

      Delete
    2. dah tanya sarini, kedai aiskrim tu nama Canmore bertentangan dengan kedai cute nama ARTBOX. 2nd floor tau

      Delete
  11. hanis, apa nama kdai yg u all mkn ddukboki, oden tu? bestnye!! halal eh?? thun lps sy pegi seoul xpegi plak area tu..thun ni nmpknye kna usha tmpat tu..hehe.. apa nama restoran tu ye? thanks.. (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. Tak tau la nama kedai tu apa. Nanti saya tanya Sarini.. Nak kata halal tak berani nak cakap sebab takde halal Jakim :-P . Tapi kedai tu memang serve 2 menu tu je. So, wallahualam...

      Delete
    2. Alamak.. Tak tau la nama kedai tu apa. Nanti saya tanya Sarini.. Nak kata halal tak berani nak cakap sebab takde halal Jakim :-P . Tapi kedai tu memang serve 2 menu tu je. So, wallahualam...

      Delete
    3. hehe..ok,take ur time. anyway,thanks ^_^

      Delete
  12. Hanis,
    nak tanya boleh??boleh tak share location & nama kedai yang korang pergi makan..nampak cam best sangat..

    ReplyDelete