Saturday, 26 February 2011

Nasi Lemak Sedap @Kuala Lumpur : Mali's Corner

Yeah, kali ni aku nak share nasi lemak yang aku rasa paling best dekat KL. Memperkenalkan Nasi Lemak Mali's Corner~ Okey, aku tahu dah ramai yang dah tahu. Since Mali's Corner ni dah otai dah kat KL. Plus ada juga cawangan lain kat KL. Yang aku selalu pergi ialah dekat Taman Bunga Raya, Setapak. Betul-betul dalam dalam taman perumahan. Aku pun terpikir, kalaulah aku duk kat sini sure besh, setiap malam boleh makan sik mak. Tapi orang yang duk kat sekeliling Mali's Corner ni sure bengang sebab kereta banyak block pintu gate rumah diorang. Hahaha~

Kakak aku yang perkenalkan Mali's Corner ni. So, aku setiap kali balik kampung atau balik dari kampung mesti nak singgah Mali's Corner dinner, dekat je dengan MRR2.

Menu dekat Mali's Corner ni ada 2 je; Nasi Lemak & Char Kuey Tiau. Tapi dua-dua terbaik punya. Personally aku lebih suka nasi lemak. Hehehe~




Orang beratur panjang tahap gaban. Nak angkat kamera pun segan. Dah la duduk depan kaunter. Situ je yang kosong. Huhuh~

Q char kuey tiau. Ada la dalam 5, 6 orang tukang masak char kuey tiau nya.



1Malaysia lah kaedahnya yang vote Nasi Lemak Mali's Corner.
Err... Abang, janganlah pandang saya, seganlah saya. :P


Watak utama :


Sambal dia memang mengancam. Ayam rempah juga cukup rasa. Terbaik~


Motif, makan 2 orang je tapi order 3 pinggan. Hahaha~



Jalan Malinja 2,
Taman Bunga Raya,
Setapak. 

Sila google map sendiri. :P

Ada satu lagi cawangan Mali's Corner ni. Biasa aku pergi kalau hujan. Sebab cawangan satu lagi ni memang lot kedai. Lawa sikit la. Tapi rasa memang sama kat ;

Platinum Walk,
Danau Kota, Setapak.


Okey, since aku cakap ini ialah nasi lemak terbaik di Kuala Lumpur, sila cadangkan nasi lemak best yang lain. Nak pergi challenge. Hehehe~

Saturday, 19 February 2011

Charice : Born To Be A Diva

First time aku kenal Charice (eceh macam kawan lama), masa baca Reader's Digest edisi August 2010. Yeah, aku pun blur kenapa free gift drive thru Mc D time tu dapat Reader's Digest pula. Aku baca tentang kehebatan luar biasa Charice yang kalah dalam program realiti ala America Idol di Filipina. Video nyanyian beliau mendapat perhatian di Youtube. Then dijemput ke Ellen Degeneres Show, 4 kali ke Oprah Show kerana kemantapan vocal tahap pukauan tertinggi. Kagum dengan cerita kisah hidup beliau, tapi aku asyik terlupa nak Youtube performance beliau. Sampailah aku tertengok Glee Season 2 Episode 1 ada Charice sebagai guest artist which was 1st time juga aku layan Glee kat Star World.

Charice nyanyi lagu Telephone dengan co-actor







Then, terlalu terpukau aku laju-laju cari lagi video Charice kat Youtube. 1st time aku stalk video idol perempuan. Biasa buat aktiviti ni dengan ikemen je. Ekekeke~

Ini video Charice masa umur 6 tahun. 6 tahun pun dah gaya diva dah. Superb.



Ini pulak masa umur 15. Aku boleh cakap tak ada penyanyi Malaysia yang boleh nyanyi + showmanship macam Charice yang belum debut sebagai recording artist lagi masa dalam video ni. Sangat-sangat profesional



Dan ini hitz terbaru Charice - Pyramid yang memang popular di corong radio. Sekarang umur dia 17.  Aku je jarang dengar sebab jarang buka radio. :P






& officially aku fangirl Charice & menjadikan beliau satu-satunya idol yang aku suka sekarang, I mean dalam ketegori perempuan.  Tak akan puas tengok Charice. Inilah baru penyanyi yang ikhlas.  :P


zzzzzz




Tuesday, 15 February 2011

Moving To New House~


Kini aku tidak lagi menumpang & menyusahkan keluarga makcik di Bukit Jalil. Sebab aku sekarang menyusahkan kakak & abang ipar pula somewhere in Kinrara. Belum pasang internet. Huhu. Tandus~

Sunday, 13 February 2011

Winter Vacation : Seoul - Day 2 ; Food Part

Kenapa mesti post pasal makan tak boleh sekali je dengan post Day 2? Of course lah sebab sebab aku kan pencinta makanan. Hahaha~

Orang cakap nak cari makanan halal kat Korea susah. Tapi memang pun sebab tak akan jumpalah restoran yang ada cop Halal Jakim. zzzzz

So, kitorang sangat beruntung kerana tourist guide kami yang stylo, Sarini dah bawakan ke tempat yang best & tolong bacakan menu. We just sticked to seafood & vege. Biasanya Sarini akan bawa kitorang ke restoran yang dah biasa dia pergi.

Untuk lunch hari ke-2, kami makan seafood deobokki berhampiran dengan Insadong. Deobokki ni ialah korean rice cake.


Side dishes
Pickled cucumber


Pickled radish - ada satu je sebab yang lain dah ke dalam perut Dayah. :P


Ini sup ais untuk hilangkan rasa pedas. Suspense kot.


Watak utama :
Beliau - seafood deobokki

Rasanya pedas & agak berempah. Shedap~


Selepas agak2 dah macam tinggal suku dah benda-benda di atas kami melantak, dalam bekas yang sama, dia masak nasi or macam nasi goreng la.


With seaweed & fish roe


Cara makan kena gaul-gaul dulu. 
Rasa dia superb. Nak try r goreng nasi dengan seaweed nanti. :P

Cost makan untuk 4 orang = 17 000won



Then, dekat CoEx.

Kat Seoul, orang dia sangat suka minum kopi. Ada banyak sangat kopi house. Kira kalau kat Malaysia ni macam mapley or kopitiam la..

So, setelah penat jalan, kitorang pun rehat sebentar di local coffee house - Seven Monkey Coffee

Seperti tertera di meja

The others order Strawberry caramel latte

& aku yang noob tak biasa pergi Starbucks order expresso. Hahahah~ Seb bek 1 shot je & tak pahit sangat.

Some local kuih kitorang tapau di CoEx


Malamnya, kitorang makan dekat restoran yang dekat dengan rumah Sarini.

Side dish memang wajib untuk makanan korea


Ini ialah tofu masak pedas. Lebih kurang la


Baby octopus bibimbap


Ini seafood spicy ramen.... kot


This is my favorite. Prawn sushi roll. Yeah~






Maaf kualiti gambar blur sebab kami parkinson bila terlalu lapar. Huhuh~


Terima kasih Sarini sebab kami survive dari kebuluran. Hehehe~

Saturday, 12 February 2011

Winter Vacation : Seoul - Day 2

Yeah, saya kembali dari berkabung setelah seminggu kematian anak kucing kesayangan. Lupakan sementara sebab nak sambung balik tugasan sebagai laman web rasmi percutian Winter Sonata. Walaupun dah 2 minggu berlalu. zzzzz

Hari kedua, aku sangat-sangat excited & permulalah hari kejakunan sedunia. Hehehe~

Disebabkan semalamnya ialah seharian perjalanan, semuanya penat, kami pun keluar rumah agak lewat gak. Dalam dekat-dekat tengah hari camtu.



Permandangan dari luar rumah Sarini.

1st, kitorang pergi convenience store terdekat untuk beli T-money, 


susu

dan ice cream? Ok, ice cream tak berani lagi nak attempt. Hehehe~

T-money ialah sejenis kad yang lebih kurang macam Touch n Go untuk naik pengankutan awam macam bas, subway/train & taxi. Convenience kan? Satu kad boleh guna untuk semua kenderaan. Memang tu yang patut implement kat Malaysia jugak. Barulah rakyat keluar mengundi. zzzzz

Then, kami menuju ke shopping mall yang terdekat. Dah shopping? Huhuh~


Kitorang pergi SPAO. SPAO ni macam Uniqlo la tapi versi Korea punya. Pendek kata SPAO ni memang tiru dua jibik dua jibam konsep Uniqlo lah. Just of cause lah lagi murah.


Kitorang bukan sengaja nak shopping. Tapi Sarini kata, kasut kitorang tak sesuai nak jalan dalam ais. So, rembatlah sepasang. Murah je. 9900won je. Kalau convert tak sampai RM30 pun. Kalau beli kat Universal Traveller adalah kena RM200 lebih. Hahaha~


Next, our tourist guide bawa kitorang pergi Insadong. Insadong ni macam culture street la. Jual & pamer barang-barang tradisional & macam-macam.

Next enjoy the pics~

Ada orang tu nak test power boot baru, jalan atas ais, lepas tu nice landing atas ais. Ekekeke~ Siapa? Terpulang kepada imaginasi anda nak teka siapa diantara makhluk pelik di atas. :P


Motif, mula-mula dah tertarik nak masuk kedai kosmetik. Hehehe~ Perempuan kot.
Lee Hyori - ratu eye liner. Terasa bogel kalau keluar tak pakai eyeliner katanya.



Bersama mask pelik.

Yeay, tahun rabbit~

Dah gigil jalan kat luar, masuk dalam kedai kuih tradisional Korea.






Haa.. satu-satunya Starbuck dalam dunia ni signboard dia tulis dalam Hangul. Pelik tak? Pelik tak?


Sarini dengan OwhOwl nya... Ahjusshi tu cakap takleh amik gambar. Tapi dah tersnap nak buat cane. Huhuh~
  Ayah cakap aku macam dorobo. T_T

Tourism guys yang nak bergambar dengan kitorang. Foreigners kot. Dapat free hot pack.

Bangunan ni sangat cantik & unik.
Koridor walkway tepi-tepi kedai ni slope. So, tak perlu naik tangga nak ke level atas. Errr.. boleh faham tak? Huhuh~


Satu perkara yang mengejutkan kat Insadong nih, kitorang tengah jalan sambil skipping keriangan tetiba ada bro-bro yang jual street food kat situ jerit ke arah kami cakap "Terima kasih.. terima kasih". Aku blur... Then dia yang jawab sendiri "Sama-sama" LOL.

Belum lagi kes, ahjuma yang jual souviner kat situ, siap bagitau harga barang dia, "Tiga ribu... empat ribu..."

Jelas pelancong Malaysia bersepah-sepah & muka eksotik senang nak cam.. Hahaha~


Bermain di luar kedai cermin mata murah.



Terimalah gabungan kami berempat. Eh, kenapa berempat? Ada lelaki misteri pulak interframe kat belakang. -_-"

Sebenarnya aku juga punya special talent. zzzzzzz

Waaa.. Jumpe idol. zzzzz





Benda yang pelik di Korea ni ialah, menconteng dinding seperti tidak dianggap vandalisme. Pelik2~












Melawat art muzium. Merupakan satu-satunya muzium yang kitorang lawati sepanjang seminggu kat Seoul. :P



Dekat sini kalau kita nak buat sendiri kraft pun boleh. Contoh macam kat bawah.

Somehow aku rasa budaya kat Seoul ni agak sweet sebab banyak aktiviti offer untuk or sesuai dilakukan oleh couple. Contoh, menconteng melukis & mewarna kat mug guna alat pelik-pelik bersama-sama. Tak rasa sweet ke? Nanti tengok mug tu kat atas meja study pastu senyum sorang-sorang. Sweet kan???? Baru macam dalam cerita Korea. :P

Another art

Yeah~ Express urself~




Dah dari hujung ke hujung kami jalan dalam kesejukan. Nak buat aktiviti indoor pulak.

Naik subway~ Subway dia ada 14 line okay~ BUKAN EMPAT~ zzzzz


CoEx ni ialah shopping complex antara yang terbesar kat Seoul.



 Kitorang hanya masuk kat kedai yang ramai orang je sebab curious. :P







Suasana dalam kedai buku pun jauh beza dengan kat Malaysia. Orang ramai macam ada jualan penghabisan stok. Di situ dah tahu macam mana budaya membaca diorang.








Yeah, Dayah cikgu Korea. Tak payah guna translator pun tak pe. Kelulusan Bachelor of Engineering Mechanical major in K-pop kaedahnya. Ekekeke~


Bergambar dengan 3 lelaki misteri otw g subway station. Sempat...


Sangat tertarik dengan ni. Alat khas untuk OKU untuk naik tangga. Jakun~


Balik dengan hasil tangkapan tak seberapa....


Next Winter Vacation : Seoul - Day 2 - Food Part

N