Thursday, 28 April 2011

Finally I Signed Up for Twitter~

Dan akhirnya... Akhirnya... Aku kini connect dengan dunia cyber terus dari rumah. Yeay~

Aku pasang streamyx sebab tak ada download limit & memang terbukti dari pengalaman sendiri & testimony adalah paling laju skali kat Malaysia selain teknologi fiber optic Unifi. Tapi still Unifi ada download limit. Tak sesuai dengan keperluan & kehendak aku.

So, bersempena meraikan keadaan internet di rumah aku, aku telah sign up Twitter. Yeah~ Ada kaitan tak? Hahaha~ Walaupun aku tak berapa mengerti macam mana ia berfungsi, tapi still berkobar-kobar nak sign up sebab utama; senang nak stalk idol. :P

Walau bagaimana pun, silalah beri tunjuk ajar kepada siapa yang selalu lepak kt Twitter.

Yoroshiku Onegaishimasu~

----->@hanis_yahya  





ps : tiba-tiba janggal menaip sebab lama sangat hiatus. -_-"

Tuesday, 19 April 2011

Tengok Kambing Menjerit Macam Manusia Pasti Release Tension

Jom gelak tak hingat tengok & dengar kambing mengembek. Tersangat rolf.





Tengok setiap hari pun pasti tak bosan..

Friday, 15 April 2011

Winter Vacation : Seoul - Day 4

Oh, dah dekat sebulan tak update. Bukan sengaja. Macam-macam benda berlaku. Antara sebab utama kenapa hampir sebulan hiatus ialah tak ada internet kat rumah. Lame.... Huhuh~ Ni pun update kat rumah Tasya sebab aku tetap jadi driver part time Tasya & kakaks bila ayah dia pergi outstation. Dapatlah kemudahan internet percuma. Lol. Apa yang berlaku selama sebulan, kita tunda je la cerita kat post lain. Sekarang nak langsaikan post tertunggak. Travelog winter yang dah nak summer dah pun. T_T.

Okey, teruskan dengan diari jakun sedunia di ibukota Korea Selatan.

Hari ke-4, kami nak santai sedikit sebab semalamnya dah melakukan aktiviti yang ekstrem. :P Belum campur lagi bila balik rumah malam semalamnya, dok layan k-pop lagi. Tapi kat tenet je la. Memang pagi tu bangun tak berapa nak pagi sangatlah.  Jadi aktiviti kami hari ini ialah field trip ke universiti tempat Sarini belajar iaitu Korea University. Yeay~ Konon-konon supaya berinspirasilah, bila dah besar nanti nak masuk universiti ni. Ececece... Bajet budak 14 tahun walaupun sebenarnya tambah 10. Ekekeke... Padahal, motif utama ialah nak usha oppa-oppa hensem kat situ. Tapi, Sarini cakap sekarang cuti semester, so mungkin tak ramai oppa hensem. Oppa nerd je la kot, ada kat univ study lagi. 

Ok, enjoy the pics~

Bukti keluar dari rumah, matahari dah terpacak.



Berasa Goo Jan Di, bila bergambar dengan Jihoo oppa & Jun Pyo oppa depan restoran porridge tempat Boys Over Flower shoot. Dekat bus stop kawasan rumah Sarini rupanya.

Menuju ke menara gading.

Yeay~ Dah Sampai Korea University~

Ini dia duta Malaysia di Universiti Korea


Jakun melihat keindahan & keunikan infrastruktur.


Enjoy the photo session





Mak Sarini, Sarini sihat di Korea. Itu sebenarnya yang aku nak sampaikan kat mak Sarini. Tapi tak ada effect kot sebab Sarini pun dah selamat dah graduate & pulang ke Malaysia sekarang ni. Lol.










Bersama tugu pengasas Korea University. Siapa? Boleh google kot. :P


Spot oppa boleh tahan ikemen. Ekekeke~


Dah puas bergambar dalam ais, nak panaskan badan kat indoor pulak. Ini ialah basement sebenarnya. Yang tempat kitorang jalan-jalan tadi kebanyakannya dekat underground tu ada bangunan. Err... boleh faham tak? Sila faham.

Spot Bahasa Malaysia. Errr.. Indon juga.



Library.

Ini macam discussion room. Best giler kot, kat dalam discussion room ada piano. Aish... 


Skodeng lecture room.

Selca di rest room adalah perkara normal.


Patutlah nampak basikal je kat kawasan outdoor universiti ni, rupanya kereta parking basement je.

Kedai buku

Oh, kitorang tak breakfast lagi. Breakfast kejadah apalah kan dah tengah hari.  So, tangkap je lah apa yang ada kat convenience store dia. Teringat Kopetro UTP. Hahaha


Kimbab Tuna.

Okay, dah kenyang. Kita teruskan perjuangan di luar.

Okay tak habis lagi sisa-sisa bergambar.
Next, Sarini bawa kitorang ke lorong berahi. Haaa... inilah di mana lorong yang selalu mengalih perhatian pelajar-pelajar daripada pergi ke kelas. Mana taknya, kalau dari kelas kat Fakulti Business nak ke Fakulti Engineering kena lalu sini dulu. Memang 50-50 lah kalau selamat sampai ke kelas pun.



Bermain di salah sebuah kedai. Kalau pakai glove ni, sejuk lagi memang tak tau nak cakap apa. Hehhehe~


Motif utama ke lorong berahi ni ialah;


Makan lagi. Ekekeke~


Tteokbokki - Spicy rice cake & prawn tempura.

Oden - Fish Cake Steamboat.

Tteokbokki & Oden ni streetfood yang popular kat Korea. Kalau kat Malaysia tahap populariti dia macam keropok & goreng pisang lah kot.

Mariam


Sarini & Me

Dayah


Dah agak-agak kenyang, kitorang pun nak balik lah. Tapi memang tak lagi, sebab dekat kawasan berhampiran rumah Sarini, ada lagi lorong yang lagi berahi. Rolf. Terpaksa pergi usha.




Yang kat sini usha je. Betul...

Yang kat sini, ada tangkapan. Tengok tu Dayah Sachou, dengan beg plastiknya.

Erm... Aku... Usha je.. Ececece

Next, kitorang masuk kedai nama dia Artbox. Kedai ni jual barang-barang yang sangat kiut macam notebooks & stationaries. Sampai kitorang sangat rambang mata memang tak sempat nak snap. Sempat snap Dayah & candies.



Next, rehatkan minda & kaki di restoran yang sangat kiut sekali lagi. Restoran ni sangat-sangat sweet & romantik. Yang lepak kat sini hanyalah remaja perempuan & couples. Walaupun ini ialah restoran ice cream, still ramai juga orang pergi time winter.  Tegar....






Parfait?

Smoothie flavor apa tak ingat dah.






Okey, dah licin eskrem semer, boleh balik lah kot.




Eh... tak lagi. Terjumpa pulak gerai ahjushi yang cekap membuat takoyaki. Kyaa~


Ini bukan free live performance. So, pasti terliur dan tapau 1 kotak. :P


Oh, hari itu sangat bersenang -lenang... Kitorang balik rumah agak awal daripada biasanya sebab nak siapkan makanan nak picnic esoknya. Yeay~



Harapnya, full report Day 5 bukan bulan depan. T_T