Friday, 29 July 2011

Halal Chinese Food in Kuala Lumpur : Pak Ya Chinese Food, Kampung Pandan

Ini cerita baru sebulan lepas. :D

Aku dan Najibah, penduduk baru Pandan Indah dan juga Alia, penduduk tetap Taman Maluri telah keluar berfoya-foya pada suatu malam. Takde maknanya berfoya-foya. Pergi dinner je. Since, masing-masing pun dah bosan dengan kehidupan bujang yang asik makan kat kedai order Nasi Goreng Kampung, Tomyam, telur dadar... Kat Temerloh pun nak makan Nasi Goreng Kampung, Tomyam, telur dadar... Kat Tronoh makan Nasi Goreng Kampung, Tomyam, telur dadar... Kat Kelantan makan Nasi Goreng Kampung, Tomyam, telur dadar... Kat KL pun makan Nasi Goreng Kampung, Tomyam, telur dadar... Aish... Aish... Berlagak betul... Hehehe~ Konon-konon nak kelainan, Najibah pun mencadangkan Restoran Pak Ya Chinese Food dekat Kampung Pandan yang sedap lagi berpatutan harganya. Yeay~

Dari luar. Macam ala warung je. Tapi tengok dalam, food dia. Haaaa~


Kami serahkan pilihan menu sepenuhnya kepada sifu Nat.



1st, tauhu masak ala chinese. Okay, tak ingat nama dia apa. Tapi tauhu telur tu la... Rupa macam putih je kan. Surprisingly, rasa dia ada pedas2 sket. Maybe sebab pepper.

Then, ini yang popular kat sini, Udang masak Kong Po. Rasa Kicap Manis sebab dia masak dengan kicap manis. zzzz Ada cashew nut~ Suka....


Next, Baby Kailan & Mixed Mushroom. Mushroom spesis rare pun ada. Selamat-selamat semua. Takpe.. Aku dah test dah. :P

Nak rasa lagi suasana China, kena minum Chinese Tea~


Deko kat kedai tersebut. Asal ada macam tanglung tu nampak la ala China. Haa.. kalau boleh spot, ada plat Jalan-jalan Cari Makan kat abang yang pakai topi baju merah bunga kuning tu...

Nat menang extra frame sebab...

Nat yang belanja....

Yeay~ Terima kasih daun keladi...

Semua sekali 3 orang makan dengan minum sekali dalam RM45 gitu la. Not bad la kan. Lain kali nak terai ketam ngan udang butter pulak. Tengok orang sebelah makan macam terliur je...



So, apa lagi, pergi la terai. Ikut map kat bawah ni haa... Dekat je dengan Tesco Ampang.




View Pak Ya Chinese Muslim Food in a larger map




Kalau korang tak tau lagi camne nak pergi Restoran ni, takyah susah-susah, ajak je aku... Bila-bila on... Tapi bulan puasa tak boleh la.. Hehehe~

Buletin SHAHPEKAN 00-04 : Walimatulurus Dr Subhan

Walaupun sudah lebih 2 bulan berlalu majlis Walimatulurus alumni Shahpekan 00-04, Subhan & isteri, penulis percaya pasangan pengantin ni masih lagi dalam fasa bulan madu. Ececece. Tau-tau je. Jadi belum terlambat rasanya nak mengucapkan tahniah dan liputan sedikit sebanyak tentang majlis resepsi sebelah pengantin lelaki di Felda Mempaga merangkap reunion SHAHPEKAN 00-04 yang tak kurang ramainya juga yang hadir pada 7 Mei 2011. Zzzzzz...okey dah lama.

Menyingkap kembali kenangan 7 tahun lalu, Subhan ni terkenal sebagai Kapten Rumah Suka Aminudin dan juga exco Badan Agama Islam & Dakwah SHAH (BAIAH). Pendek kata personaliti beliau ni ialah seorang yang disenangi, berpengaruh & alim. Kenangan penulis dengan pengantin beliau pulak... ermmm.. Since beliau kini laki orang, so TIADA kenangan. Lol... Takde r. Yang penulis ingat kami tak pernah 1 kelas atau 1 rumah sukan tapi pernah 1 group buat projek kitar semula untuk pertandingan kitar semula dengan beberapa orang lagi yang tak sure Cikgu Hisham sebenarnya submit ke tak pernyertaan tersebut masa form 4...kot. Yang pasti masa tu baru tau yang 50 tin minuman bikarbonat aluminium tu lebih mahal daripada himpunan surat khabar 25 kelas dari form 1 sampai form 5 selama setengah tahun kalau jual untuk dikitar semula. huhuh...Okey, tak ada kaitan.

Berbalik kepada topik, Subhan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan bernama Adila yang sama-sama menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan perubatan. Kesimpulannya mereka ni ialah pasangan Doktor~ Uwwaaah~ Sekarang diorang dah posting kerja kot. Kat hospital mana? tak sure pulak. Kalau pasangan ni terbaca entry ni, boleh la share perkembangan terbaru korang ek. Nanti senang kalau pergi hospital yang tempat korang kerja, boleh beratur sekejap je. :P Eh, tak boleh ek?

Now, enjoy the pics~

 Ini rombongan dari pantai timur yang sampai awal. Dah siap makan dah pun masa ni. To kill the time terpaksa bergambar dengan pengantin dulu tanpa menunggu rombongan dari KL sampai. Nana mesti suka gambar ni.

Dari kiri : Azlan, Othman, Redhvan, Fahmi, Anaz, Dr Subhan, Dr Adila, Dr Izati, Dr Aima & Dr Hanis. Nak juga....

The doctors. Izzati & Aima. 7 tahun tak jumpa~
Aima kebetulan cuti time tu. Dia sekarang houseman kat hospital nun jauh di seberang Jakarta sana. Kami bertolak sesama ngn CLK dari Maran.


Izzati dengan pengantin, Adila & Subhan ni 1 universiti rupanya. o0o0o...

Dah puas dah kitorang bergambar di dalam & di luar rumah, baru la rombongan dari jauh ni datang. Aih~



 Ini anak-anak dara yang hadir; Dr Hanis, Aima, Izzati, Mashitah, ERNY!!, Sabrina, Najibah(muka wajib), Husna(muka wajib), Humaira.

Errr... aku terai cari shot yang paling anggun...zzzz


 Korang suka sangat la. Korang tu bila lagi? zzzzz

Sang teruna pula bergambar dengan pasangan pengantin. Errr... 3 pakcik misteri yang kat depan tu tak pasti la teruna ke tak. zzzzzz

Dari kiri ; Syarul Fahmi, Farid Daud, Safiee, Miju, Hasnan, Taufik, Farahan, Aus, Redhvan, Idin, Najmi, Lokman, Azlan, Azhar, Pengantin, Hizir, Fadzil, Kuchai, Sunoy, Jalal, Iwan, Kimin, Amizi, Aizat Pardi, Rahman Soot, Othman, Fahmi, Bob, Anip, Imam & Anaz.


Geng Aminuddin. Nak jugak...
Fakta : tak ada wakil Aminudin dari pihak perempuan. Ermm.. kalau Safwa tak gi Jepun lagi time ni, mesti jadi wakil tunggal. :P



Yang paling surprise sekali.... Aku telah dipertemukan dengan kawan yang dah 9 tahun tak jumpa. 
ERNY!!!!
Thanks Nat yang cekap lagi genius yang telah menjejak kasihkan kami. Tapi terkilan sangat-sangat sebab sekejap sangat jumpa. Tak puas. Lain kali kita kena hang out lagi, babe. Tak sempat nak diskas pasal Tomok. zzzzzz


Yes... Aku membesar. Heheheh :P Jangan jeles Erny...



Dan lepas habis sesi bergambar, semua pun pulang ke asal-usul memasing..... Memang tak lah. Bebudak ni kalau dah berkumpul memang tak sah kalau tak ada post party. Dengarnya post party kali ni kat Janda Baik. Pergh.... Tapi penulis tak berkesempatan nak join sebab nak janji dengan mak nak celebrate Mother's Day. So, tak adalah gambar-gambar terlampau dalam entry ni. :P

Okay, next siapa pulak. Menurut sumber facebook, dah ada 3 orang yang dah bertunang. Tak lama lagi la tu...

Btw, Selamat Melayari Bahtera Rumah Tangga kepada Subhan & Adila. Semoga bahagia ke akhir hayat~

Wednesday, 27 July 2011

Dan Aku Masih Bernafas~

Hisashiburi~

Dan aku kembali daripada hiatus yang konon-konon pada asalnya 2 minggu je hiatus dah jadi dekat 2 bulan. Huhuh~ Terasa malu nak mengaku seorang blogger bila semangat nak update blog semakin semput. Adakah aku telah mengalami simptom-simptom kejatuhan seorang blogger? TIDAKKK!! Ececece...

Walau bagaimanapun, aku berterima kasih kepada teman-teman yang komen, emel, fb, cakap direct menanyakan bila nak update blog. Paling berterima kasih kepada my best buddy yang mencadangkan aku tutup je blog ni kalau tak nak update. Amboi, makan dalam betul nasihat tersebut.

Alasan hiatus bagi 2 minggu yang pertama, mungkin ada teman-teman rapat yang dah tahu, aku, mak & ayah telah pergi menunaikan umrah & ziarah ke tanah suci Mekah & Madinah. Alhamdulillah~ Dan untuk minggu-minggu seterusnya mula-mula macam nak buat alasan sebab nak sesuaikan diri dengan perbezaan masa 8 jam Arab dengan Malaysia. Tapi dah sampai 2 bulan nak sesuaikan diri macam tak logik la pulak. So, alasan tidak update blog bagi minggu ke-3 sehingga sekarang ialah TIADA ALASAN. Dengan itu saya bertanggungjawab sepenuhnya atas segala kerosakan & kerugian. Errrr.... tak ada sangat kot.

Justeru, mungkin akan ada travelog Umrah yang akan dikongsikan sempena Ramadhan. Sedikit tips dan pengalaman bagi semua yang akan pergi nanti. Walaupun travelog Winter Vacation belum habis lagi. Huhuh~ Tapi sebelum tu, nak share pasal FOOD~ dulu sebelum puasa ni kan pada entry akan datang. Kang buat pasal makan masa puasa asik terluir la pulak...


Okay, until the next time~

Matta ne~