Tuesday, 10 January 2012

Irrashai 2012 : Di Ambang Usia Suku Abad

Domo~

Alhamdulillah usiaku dipanjangkan hingga tahun yang ke-25. Seperti tahun-tahun lepas, norhanis.com biasanya akan buat post Sayounara atau Irrashai sebagai wrap up untuk tahun sebelumnya. Jadi tahun ni since dah terlambat 10 hari jadi gabung je la dengan post birthday. Errr... walaupun tak ada apa terjadi pun hari ni. Hahaha~

Kalau diikutkan azam tahun 2011 ialah Serius Bekerja. Serius Bermain. Serius Bercinta. Ececece....


Errr..tapi rasanya yang banyak bermain je kot. Mana taknya lepas berjalan, berjalan, berjalan lagi & berjalan. Tak termasuk permainan-permainan lain lagi. Aih....

Maa... 2011 juga menyaksikan keseimbangan masa yang diluangkan dengan keluarga & rakan-rakan. Biarpun hampir setiap minggu aku balik kampung tapi aku masih mampu mencuri masa pergi bercuti, reunion, makan-makan, paling-paling pun jadi motel persinggahan rakan-rakan. Aku suka~ Kalau boleh nak meneruskan gaya hidup macam ni tahun ni. Almaklumlah sementara bujang. Sepenuh masa terluang nak bersama-sama keluarga & kawan2. zzzzz

Bercakap pasal berkeluarga, haaaa.... no komen. Walau bagaimanapun, aku tidak menolak jika tertulis jodohku dalam waktu terdekat. Ecececece... Ayat nak macam artis je. Walaupun kadang-kadang terasa juga macam artis bila orang asyik tanya ja bila nak nikah. Huhuh~ -_-"

Jadi untuk tahun ini, aku ada beberapa perancangan besar. Rasa macam tak nak tidur. Semoga aku dapat menempuhi dengan rasional, tabah & lancar.

Betul-betul aku tahun ini aku nak cuba sedaya upaya tidak mementingkan diri sendiri & menyumbangkan seberapa banyak apa yang aku miliki untuk membantu yang lain. Biarpun tak banyak, sekurang-kurangnya ada.

Memperbaiki diri. Membuka mata & telinga; mengambil ikhtibar & mendengar nasihat. Dilembutkan hati & dikurniakan Taufik & Hidayah. Optimis & dinamik. Menjaga kesihatan, senaman & makanan sihat.

Menginjak usia 25 tahun, aku rasa takut. Sesungguhnya realiti, yang jauh ialah masa silam & yang hampir ialah kematian. Semoga kita bekerja seperti hidupnya 1000 tahun lagi & beribadat seperti matinya esok hari. Astaghfirullah.

Insya Allah.


Happy 2012~


p.s : tahun lepas aku telah improve, pencapaian terbaik ada orang ingat aku 17 tahun berbanding 14 tahun pada 2010. Hohoho~

4 comments:

  1. nana tak saba tunggu cerita kawin hanis pulak lepasni :)))

    ReplyDelete
  2. @♥ nana i am ♥

    Yela, mesti nak kena share. Especially dengan nana yg asik tanya je nih. :P

    Tapi baca cerita Nana la dulu. Ambil tips. Hehehe~

    ReplyDelete
  3. Happy birthday hanis...May Allah bless u.dan semoga apa yang dihajati akan tercapai Insya Allah...amin..

    ReplyDelete