Tuesday, 3 April 2012

Ayam Penyet Sedap @ KL : Wong Solo

Selamat Sore~

Kali ini daku nak kongsi salah satu restoran paling kugemari : Wong Solo. Restoran ni seperti namanya yang dalam bahasa jawa kalau translatekan bermaksud orang Solo. Jadi menu makanan kat sini memang ala Indonesia. Daku selalu pergi Wong Solo cawangan Taman Dagang, Ampang & Kampung Baru. 
Yang pasti setiap kali makan kat sini, mesti mengalir air mata & air hidung.

Jom layan menu special kat sini.

Oh, gambar ni dah ambil beberapa minggu lepas masa lepak dengan rakan secomolot, Huda & Najibah (model rasmi norhanis.com)

Mine - Set Ayam Penyet ; RM10.90
serve sekali dengan air mineral.
Nampak tak sambal merah tu? Itu la punca air mataku mengalir selalu setiap kali makan ayam penyet....Tambah pula dengan rempah perapan yang cukup rasa.
Terbaik~ Terkenang-kenang dalam mimpi


Huda - Set Ayam Bakar ; RM10.90
Ini sesuai untuk orang yang tak tahan bedas. Ayamnya manis~


Najibah's - Udang celup tepung ; RM? tak ingat tapi around belas2 juga.
Ni juga terbaik~
Nat konon-kononnya dah kenyang sebab melantak buffet all you can eat tengah harinya...


Klik Untuk Baca Seterusnya





Huda & Nat beraksi denga makanan masing-masing~


Me & Huda nak beraksi juga~


Then kitorang borak-borak sampai kedai dah nak tutup...


Sambung bercerita di luar pula.

Yang nak try boleh pergi :

No. G-18 & 19, Jalan Dagang B/3A
Taman Dagang
68000 Ampang,
Selangor



Yang ni nak tunjuk gak aritu pergi yang kat Kampung Baru pulak.
Nasi Goreng


Ayam Penyet. Boleh order asing juga~


Mine : Macam biasa Ayam Penyet Set berair mata & hidung..


No. 57, Jalan Raja Alang
Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur



Kalau makan Ayam Penyet ni, aku dah consider tersangat mewah! Sebab sangat sedap....

Aku rate 5 bintang!

Kredit untuk Oyenk yang memperkenalkanku restoran yang besh ini kira-kira 2 tahun lalu~

7 comments:

  1. Weh pedas2 berair mata hidung tu yg aku suka! Ni nak kne masuk list gak ni...kat cni nk cari mkanan pedas mmg x dpt la..tsk tsk T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang berair mata & hidung tu yang nak kena tambah2 lagi walaupun pedas.

      Memang sesuai kalau tak selera makan. Terus berselera pekena ayam penyet ni~

      Delete
  2. wong solo memey sedap... suke giler mkn... time bln puase, teraasa cam ari2 nk bk puase mkn ayam penyet dier...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol~ sgt sedap... kalau wong solo ni belakang umah mmg dah kerja part time kt situ. ekekeke~

      Delete
  3. ohh..lamanya tak pekene ayam penyet..zaman bercinta dulu selalu gak layan wong solo tmn dagang tu..pastu kat bandar baru bangi..perghh..set ayam penyet dia mmg terangkat..mmg boleh melelehkan air muka jugak..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam penyet kat Wong Solo memang terbaik~ Tak rugi travel jauh-jauh. Berbaloi-baloi...

      Delete
  4. Cari Kemasan Makanan yang tepat untuk ayam penyet? Gampang.. Coba aja ke Greenpack. Packaging food grade anti air dan minyak juga aman digunakan tanpa alas. Greenpack memang dibuat khusus untuk makanan.

    ReplyDelete