Wednesday, 18 April 2012

Halal Japanese Food in KL : O-shima, Shah Alam Walk

Ohisashiburi~

Dah lama aku nak cuba makan di restoran O-shima di Shah Alam Walk ni sejak masuk Jalan-jalan Cari Makan tahun lepas. Mungkin ramai yang rasa was-was nak makan makanan Jepun sebab biasanya makanan Jepun ni dia letak mirin (cuka arak) atau sake (arak masakan). Tapi O-shima ni memang 100% milik orang Islam berbangsa Melayu. Menurut yang aku tengok Jalan-jalan Cari Makan tahun lepas, owner dia ni graduan dari universiti Jepun dulu. So, mungkin rasa makanannya ada nak dekat sama la kot dengan Jepun sebab dah berpengalaman bertahun duduk di Jepun.

Daku pun dengan pengalaman 10 hari duduk di Jepun, nak challenge la makanan di Oshima ni, ada iras-iras tak dengan yang ori masakan di Jepun. Lalalala~

1st visit, daku pergi challenge dengan Huda. Masa tu O-shima ada buat promosi ramen. Murah gila, RM6.90 je semangkuk, kalau tak silap...

Layan...

Sake Sushi / Raw Salmon Sushi...
Osharei.... Bergaya~
Salmon nya segar~ Cuba nasinya terlalu lembik & terasa juga cukanya.





Mine - Chicken Katsu Ramen - Harga promo 6.90. Harga sebenar - RM9.90
Sup Ramen nya tip top. Ayam tu bersalut bread crump. Banyak~ Puas perut.... 


Huda's - Chicken Teriyaki Don - RM11.90
Sepatutnya donburi ni ialah rice bowl atau nasi dalam mangkuk. Tapi ni tak mangkuk sangat. Mangkuk leper. So, tak feel donburi. Biasa-biasa je rasanya. Ayam sedikit hangus.


Gyoza - Japanese dumpling - RM4.90 (Murah giler!!!!)
Ichiban Suki~
Rasa bawang putih dia... Suka!
Intinya ayam+sayur+of course bawang putih lebih..

*Maaf, kualiti kamera handphone 2MP

2nd visit, dengan Najibah & Sarini pula.

Mine - recommendation by the waitress 
Hot Chicken Ramen - RM9.90
Can't really describe how it taste in details. Tapi rasanya sedap & memang pedas.



Najibah's - Chicken Katsuni don - RM8.90
Sekali lagi bukan dalam mangkuk. Telur dia macam banyak sangat kot.

Gyoza - menu wajib


Nak order raw salmon tapi dah habis. So order sushi lain
Egg Mayo, Ebi Mayo - RM3.00. Ebiko- RM4.00


Sarini's - Chicken Katsu Curry Don - RM11.90
Kari Jepun memang tak sama dengan kari mak atau kari mamak.
Kuahnya pekat, tak ada santan, tak pedas & ada rasa macam coklat.


Kesimpulannya, aku lebih suka ramen kat sini. Berkualiti & sangat murah. Tapi semua menu dekat sini pon murah & affordable la... 

Kalau berminat nak rasa makanan Jepun yang halal boleh pergi ke cafe Oshima di Shah Alam Walk yang terletak betul-betul depan Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Waktu operasi - 10am-10pm 
*gambar kredit website O-shima


Kalau nak usha menu & aktiviti O-shima Walk, lawati & like http://www.facebook.com/oshimarestaurant

Lapar-lapar....

Post a Comment