Friday, 6 April 2012

Menikmati Panorama Matahari Terbit di Bukit Panorama, Sungai Lembing.

As Salam~

Hujung minggu yang lalu, kami 3 beranak; ayah, mak & aku pergi bercuti ke Sungai Lembing. Ok, tipu... Tak adalah bercuti sangat. Sampai Sungai Lembing pun dah pukul 10 malam. Sempena hari keluarga 1 department kat pejabat ayah & esoknya memang ada aktiviti Mendaki Bukit Panorama. Daku tumpang sekaki je.



Guest House ni difahamkan sebuah rumah yang kampung yang diubah suai jadi macam homestay. Bilik kitorang je yang ada bilik air kat dalam bilik. Yang lain, bilik air share. Tapi bilik airnya ada banyak. Shower je ada 9.

Jadi pagi-pagi esoknya, lepas subuh, dalam pukul 6.30 pagi, daku dan ayah dah terpacak dah kat kaki Bukit Panorama yang terletak lebih kurang 1 kilometer dari Tiara guest house tu. Masa tu dah ada dah orang start naik bukit. Disebabkan masa tu sangat gelap lagi & tak ada lampu pun sepanjang tangga menyusuri bukit tu, terpaksalah guna flashlight dari handphone saja. So, dah tau la, lain kali nak daki subuh-subuh hari ni wajiblah bawa torch light. Sebab nak jimat bateri enpon, kat atas tu nanti nak bergambar sakan lagi... Setelah 20-30minit mendaki maka sampailah kami ke puncak....





Ramai juga yang dah sampai nak menikmati keindahan ciptaan Allah...

Pink ray~

Tak silap aku, betul-betul waktu syuruk dalam pukul 7.15 pagi, matahari pun mula terbit.






Pergerakan matahari tu pantas. Tak sampai seminit pun ia terbit sepenuhnya. Masa tu semua terpegun melihat keindahan ciptaan Allah. Subhanallah...









Terlalu cantik!

Berbaloi tak mandi & terus daki bukit Panorama yang boleh tahan lelahnya juga.

Matahari di celah jari ayah~
Well, sebenarnya aku kagum dengan ayah. Kelmarinnya, malam hari Jumaat ayah baru balik dari Kota Kinabalu sebab mendaki Gunung Kinabalu. Encut ayah daki Kinabalu pun tak baik lagi dah daki Bukit Panorama. Nasib baik daki Panorama ni santai je. Kuatnya semangat ayah!

Pandangan di sebelah barat. Terasa berada di atas awan~

Ayah memberi sedikit motivasi kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing. 

Sesuai juga buat aktiviti untuk sekolah & organisasi. Macam-macam gelagat yang boleh kita tengok sepanjang pendakian. Cabarannya memang besar. Di tengah-tengah pendakian rasa penat, nak muntah, rasa nak turun semula pun ada. Hanya semangat yang membawa kita terus ke puncak sebab kita tahu ada ganjaran yang indah di puncak sana. 

Sebahagian pendaki-pendaki lain.








Tengok ni, baby pakai diapers lagi pun boleh daki Panorama. Mak ayah dia herek dengan pajamas lagi... Tapi separuh jalan berdukung la. Hahaha~


Ayah & friends...

Di atas awan~



Nak turun laju je. Sebab tak penat sangat.
Tapi...
Sampai kat sini, dah start dah tertanya-tanya, bila nak sampai? Rasa nak bergolek je ke bawah.


Ini kaki bukit tempat nak naik ke Panorama.


Pakai Minnie Kitty ni masa naik ok lagi, tapi masa turun sakit jari sebab nak turun kan macam menekan ke depan. Pengajaran, lain kali pakai kasut sukan. Huhuh~ 


Then, balik guest house semula sambil menikmati suasana peka Sungai Lembing, dari dalam kereta. zzzzz


Pasar minggu.

Sebenarnya aku dah pernah jejak kaki ke Sungai Lembing ni sebanyak 2 kali masa field trip sekolah dulu. So, dari 10 tahun lepas hingga ke hari ini, tak nampak sangat perbezaan pekan ni. :P



Mak pula cakap, kali terakhir dia jejakkan kaki di Sungai Lembing ialah pada tahun 1979. Aku percaya beza sekarang dengan dengan tahun 1979 hanyalah, lebih banyak kereta terutama kereta tempatan di pekan Sungai Lembing ni. zzzzz. Well, sekurang-kurangnya kita dapat pengalaman berada seperti di pekan koboi. Yeehaaaa~


Berhenti tapau sarapan di Kedai Kopi Salmah.


Masa pukul 8 lebih. Nasi dagang dah habis. So, tapaukan mak bihun RM1 sebungkus dan kuih 3 biji RM1.





Masjid Sungai Lembing

Permandangan Tiara Guest House pada waktu pagi.

Siap ada children pool lagi ok... Budak-budak pasti selak berendam dari pagi sampai tengah hari. lalalala~


Macam mana nak pergi Sungai Lembing?

Dari Lebuh Raya Pantai Timur keluar di exit tol Kuantan. Selepas tol, ada simpang 3. Ambil kanan, ada sign board ke Sungai Lembing. Jarak Sungai Lembing dari exit Kuantan ialah kira-kira 29km. Kaki Bukit Panorama pula terletak betul-betul di tengah pekan Sungai Lembing. Lebih kurang 2km dari gerbang nak masuk ke Sungai Lembing. Ada signboard besar, jangan risau~


Ada satu lagi tempat yang best kat Sungai Lembing yang daku sangat-sangat teringin nak pergi iaitu Air Terjun Pelangi. Tapi nak pergi ke Air Terjun ni mencabar sikit. Boleh naik 4-wheel drive je. Dan kena berkhemah kat situ sebab pelangi hanya muncul pada pukul 9 pagi di tengah-tengah air terjun. Teruja tak???? Ye, satu hari nanti mesti nak kena pergi~

If you like this please support us by clicking the “Like”!


4 comments:

  1. ternganga mulut baca entry hanis~ :D
    seronok pulak tengok experience camni..tak penah kot berlaku dalam diri 'daku'..hewhewhew.
    hanis nanti dah kawin sape nak teman mak ayah hanis daki bukit lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Romantik kan?
      Memang ada terfikir masa tenglk panorama indah kat ats tu, terasa nak spend time everyday tengok sunrise dengan orang yang tersayang bila dah pencen nanti.. ;-)

      Alaa.. Nanti da tawen boleh je nak temankan. Siap ada ahli baru lagi; mak & ayah mertuaku. Lalala.. Verangan...

      Nanti Nana boleh lah singgah sini. Tak jauh mana pun dari Kerteh. Hehehe~

      Delete
  2. im loving this entry..banyak gambar cantik!
    oh by the way, im linking ur post to our blog if u dont mind :)
    http://tiaraatsariguesthouse.blogspot.com/

    hope u had a pleasant stay at Tiara Atsari..come again next time!

    ReplyDelete
  3. insyallah nak naik satu hari nanti

    ReplyDelete